berita

Akhirnya Zizan Secara Personally Mohon Maaf Kepada Mamat Khalid

March 5th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

zizan

Ekoran gagal hadir ke majlis malam tayangan filem ‘Warewolf Dari Bangladesh’, Zizan Razak dikecam hebat oleh peminat malah didakwa mula lupa diri.

Artikel Berkaitan : Mamat Khalid Kecewa Dengan Emma Maembong & Zizan Razak

Pengarah filem tersebut, Mamat Khalid juga meluahkan rasa kesal dengan ketidakhadiran Zizan dan bekas kekasihnya Emma Maembong. Terbaru Zizan telah pun memohon maaf secara terbuka.

Bukan Sengaja Tak Datang

ware

Menurut Zizan dia tidak dapat hadir ke majlis tayangan tersebut atas sebab-sebab tertentu, sekaligus menolak dakwaan yang mengatakan dia sengaja lari dari pihak media.

Saya tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu dan saya bukan sengaja untuk berbuat demikian kerana itu adalah tempat saya mencari rezeki.

Lebih-lebih lagi apabila ia berkenaan dengan promosi filem lakonan saya… Usaha dan kerja keras saya selama ini takkan saya nak sia-siakan.

Dah Minta Maaf Secara Personal

Tambah Zizan lagi dia telah pun berjumpa dan meminta maaf secara personal dengan Mamat Khalid. 

Saya ingin membuat permohonan maaf sekali lagi kepada Mamat Khalid kerana tidak dapat hadir ke majlis tayangan tersebut.

Sebenarnya saya sendiri sudah jumpa dan meminta maaf dengan Mamat Khalid berkenaan dengan perkara tersebut.

Apa punca saya tidak hadir ke majlis itu biarlah hanya saya dan dia sahaja yang tahu.

Memandangkan Zizan pun dah minta maaf dengan Mamat Khalid jadi tak timbul lagi isu tak puas hati dan sebagainya. Apa-apa pun kami simpati dengan nasib yang menimpa Zizan, lepas satu, satu. Bertabahlah Zizan.

Kredit Berita : Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×