Sudah kerap kita lihat kemalangan yang berlaku di depan mata gara-gara kenderaan tidak memberi signal ketika menukar lorong. Sikap pemandu demikian dapat mengundang bahaya dan meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Seorang pakcik ini dilaporkan mengalami kecederaan yang agak teruk semasa menunggang motorsikal akibat pemandu kereta yang ‘malas’ memberi signal. Kan sudah membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Orang lain jadi mangsa
Kisah ini dikongsi pengguna Twitter, Atin Apis apabila ayahnya sendiri mengalami kemalangan jalan raya akibat dari kenderaan yang tidak memberi signal ketika tukar lorong. Mangsa telah mengalami kecacatan kekal pada 2 jari kiri.
Sedih melihat keadaan abah
Angkara orang lain…
Lawan untuk keadilan
Semoga cepat sembuh
Semoga kejadiaan ini dijadikan iktibar buat semua pengguna jalan raya. Nyawa orang lain juga terletak pada tangan anda.
Credit: Atin Apis