Tidak ada rumah tangga yang terlepas daripada menerima ujian, namun begitu setiap ujian yang dilalui pasti ada jalan penyelesaiannya dan perceraian merupakan jalan terakhir andai mahligai yang dibina tidak mampu diselamatkan lagi.
Artikel Berkaitan: Selepas 12 Tahun Hidup Bersama, MB Perlis Cerai Isteri Talak Satu
Artikel Berkaitan: Wanita Dicerai Talak 3, Menangis Teresak-Esak Rindu Anak Tiri Yang Dijaga Sejak Bayi
Keluar dari pejabat agama terus melompat
Namun baru-baru ini perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Riecheendah mengundang pertanyaan ramai.
Mana tidaknya, wanita terbabit yang melangkah keluar dari pintu pejabat agama di Sumbawa Besar, Indonesia melompat kegembiraan sambil mencampakkan fail yang dipercayai berisi sijil serta dokumen yang mengesahkan perpisahan bersama pasangan.
Meskipun, wanita itu memakai topeng muka akan tetapi jelas kelihatan riak wajahnya yang sangat gembira menerusi lenggok tubuh badannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah ujian yang menimpa wanita tersebut semasa dia mendirikan rumah tangga.
Video
@riecheendah
Sumber: @riecheendah