berita

Aksi Yang Mendebarkan & Gandingan Pelakon Hebat! Jom Tonton Special Force: Anarchy Di Disney+ Hotstar Sekarang!

January 14th, 2023 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Lumrah tahun baru Admin tak sabar menantikan cerita baru bakal ditayangkan di kaca tv terutama genre aksi tau! 

Admin memang suka genre aksi kerana plot jalan ceritanya mudah untuk difahami serta perjalanan cerita yang laju! Memberi masa dan fokus kepada watak melakukan aksi seperti berlawan, menembak boleh buat tak senang duduk.

Ada berita baik buat peminat aksi seperti admin! Disney+ Hotstar bakal menayangkan siri asal yang bakal mendebarkan korang semua pada 14 Januari ini iaitu Special Forces: Anarchy arahan pakar genre aksi Syafiq Yusof yang telah menerbitkan pelbagai filem seperti ‘KL Special Force’, ‘Abang Long Fadil’ dan ‘Misteri Dilaila’. Wow!

Merungkai misteri pelan merompak bank? Biar betul!

Ikuti kisah Iman seorang pegawai polis yang berani menempuh cabaran menghadapi sebuah organisasi kumpulan kongsi gelap merungkai misteri dan pelan mereka untuk merompak Bank Negara dalam sebuah negara fiksyen bernama Tenggara.

Haa.. rompakan tersebut hanyalah misteri pertama dalam pelan organisasi dalam mencapai impian mereka. Sepanjang siri ini, Iman yang dibintangi oleh Puteri Aishah bakal bersemuka dengan ketua mereka, mendedahkan segala rahsia mereka yang boleh mengubah segala-galanya.

Menarik betul kan! Organisasi kongsi gelap ini bukan sahaja merompak tapi mempunyai kisah silam dan tujuan mereka buat korang tak senang duduk tau!

Bukan jalan cerita sahaja meletup! Gandingan barisan pelakon veteran dan muda juga menjayakan siri ini

Haa…Ketua sebalik perancangan rompakan Bank Tenggara ini dibintangi oleh penyanyi legenda, komposer dan pelakon berkaliber Dato’ M.Nasir sebagai Umar memimpin kumpulan Anarki untuk menjayakan pelan rompakan mereka!

Bukan itu je tau! Special Force: Anarchy dihiasi dengan barisan pelakon berbakat seperti Hasnul Rahmat, Alvin Won, Johan As’ari serta pemenang Pelakon Paling Menjanjikan Festival Filem Malaysia ke-31, Fify Azmi, Wow!

Turut dibintangi dalam siri ini, Chacha Maembong, Yusuf Bahrain, Anas Ridzuan, Elizabeth Tan, Dynas Mokhtar dan Steve Yap tau.

Admin memang dah tak sabar lagi tau bila dapat tahu Special Force: Anarchy dibintangi oleh pelakon-pelakon yang berbakat seperti ini.

Arahan oleh Syafiq Yusof membawakan aksi tanpa henti dan babak mendebarkan!

Sumber Gambar: Yahoo Malaysia UK

Bila sebut nama pengarah ini, sudah pasti korang kenal kan! Syafiq Yusof bukan sahaja mempunyai background dalam industri perfileman negara tapi telah mengarahkan bukan satu tapi pelbagai filem aksi yang memecahkan panggung wayang negara tau!

Beliau telah memenangi pelbagai anugerah dalam industri perfileman seperti Pengarah Filem baharu Paling Menjanjikan di Festival Filem Malaysia 2012 and Anugerah Pengarah Filem Terbaik 2017. Syafiq juga  telah menghasilkan pelbagai filem seperti KL Special Force, Abang Long Fadil meraih kutipan besar dalam karier beliau. Wow!

Bukan sahaja dibintangi oleh pelakon berkaliber, Special Force: Anarchy diberikan suntikan daripada seorang pengarah yang berbakat dalam menghasilkan sebuah siri aksi yang bakal menarik minat korang semua untuk tonton sekarang tau!

Bila nak release siri ini? Tak sabar dah ni nak tengok!

Haa.. korang mesti dah tak sabar kan nak merungkai misteri pelan rompakan Bank Tenggara oleh Organisasi Kongsi Gelap diketuai oleh Dato’ M Nasir dan melihat bagaimana Iman bakal berhadapan dengan organisasi yang dapat mengancam sebuah negara dalam Special Force: Anarchy.

Korang boleh strim secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar bermula 14 Januari 2023 tau! Jom kita bongkarkan apa sebenarnya tujuan organisasi ini nak rompak Bank Tenggara.

SKIP THIS AD ×