berita

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia Menyediakan Pek Kembali Ke Sekolah Untuk Membantu 25,000 Kanak-Kanak Yang Memerlukannya

January 20th, 2023 | by Aliff Haikal
Kini Trending


Dalam tahun 2022, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta untuk menyediakan Pek Kembali Ke Sekolah kepada 25,000 kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di seluruh negara. Pek ini disediakan sebelum sesi persekolahan bermula pada bulan Mac ini.

260 kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar hari ini menerima Pek Kembali Ke Sekolah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, merangkap Presiden RMHC Malaysia, Dato’ Azmir Bin Jaafar. Selain itu, SK FELDA Pasir Besar menerima dana biayaan sebanyak RM15,000 daripada Yayaaan Jaafar Ahmad bagi menubuhkan Kelab Pengekodan dan Robotik di bawah program Felda Digital Maker Hub untuk mentransformasi pendidikan di sekolah-sekolah FELDA.

“Saya rasa bertanggungjawab untuk menyumbang bakti kepada anak-anak FELDA” – Dato’ Azmir Bin Jaafar

Yayasan yang ditubuhkan oleh Dato’ Azmir Jaafar bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan di sekitar Negeri Sembilan melalui pelbagai inisiatif bermanfaat bagi membina kesejahteraan. Yayasan Jaafar Ahmad diambil daripada nama bapa beliau iaitu Jaafar Bin Ahmad yang merupakan seorang peneroka di FELDA Pasir Besar di Gemas, Negeri Sembilan.

“Sebagai anak peneroka FELDA, saya rasa bertanggungjawab untuk menyumbang bakti kepada anak-anak FELDA di sini.

Sumbangan yang disampaikan hari ini merupakan hasrat saya untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dan sebagai tanda terima kasih saya kepada sekolah yang telah membentuk jati diri saya sehingga berada ke tahap ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan kepada Encik Abdul Rahim bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar.

Turut hadir Pengerusi FELDA, Tan Sri Idris Bin Jusoh, “Saya sangat berbesar hati kepada anak-anak FELDA yang telah menjadi insan berjaya hari ini” kata beliau.

Jom kita bantu kanak-kanak yang memerlukan bersama RMHC Malaysia!

Ditubuhkan pada Februari 1990, RHMC Malaysia mempunyai misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Haa.. kalau korang nak tahu RHMC Malaysia telah menjalankan empat jenis program iaitu Rumah McDonald, Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’, dan Program Pek Kembali ke Sekolah untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

Program yang dijayakan merupakan hasil sumbangan ikhlas pelanggan-pelanggan McDonald’s yang menderma ke tabung di restoran-restoran McDonald’s.

Haa.. menarik kan? Jom kita singgah ke McDonald’s berdekatan dan membantu kanak-kanak yang memerlukan sekarang! Untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang RHMC Malaysia, korang boleh layari laman web ini sekarang!

SKIP THIS AD ×