berita

Aktor Taiwan Rebah Sebelum Maut Di Set Penggambaran, Bebanan Kerja Jadi Punca

November 28th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Pemergian aktor terkenal kelahiran Taiwan-Kanada iaitu Godfrey Gao semasa menjalani penggambaran bagi program realiti di Taiwan, ‘Chase Me’ telah mengejutkan industri hiburan antarabangsa. Kematian pelakon dan model terkenal yang berusia 35 tahun itu telah disahkan agensi JetStar Entertainment yang mengatakan Godfrey Gao jatuh pengsan di set penggambaran sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Berlari dan kelihatan seperti mengah

Mendiang dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir tiga jam selepas  jatuh pengsan sekitar jam 2 pagi waktu tempatan. Menurut pelakon Hong Kong iaitu William Chan yang juga terlibat dalam penggambaran itu berkata dia terlihat Gao seperti sedang berlari dan kemudiannya kelihatan seperti mengah.

Dengupan jantung Gao dipercayai telah berhenti berdegup selama beberapa minit sebelum kembali seperti biasa sebelum dikejarkan ke hospital.

Dibebani kerja dan tidur lewat

Sementara itu, Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung menyifatkan gaya hidup yang diamalkan Godfrey Gao sering dibebani kerja dan gemar berjaga hingga lewat malam.

Gaya hidup sedemikian mengakibatkan stress melampau dan berpotensi meningkatkan hormon stress yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah dan gangguan pada rentak denyutan jantung.

Tabiat tidur lewat untuk tempoh yang panjang boleh mengakibatkan kardiovaskular akut meskipun kita sentiasa mengamalkan senaman serta pengambilan pemakanan seimbang.

Detik cemas Godfrey Gao

https://www.youtube.com/watch?v=R58ZqN_AC10

Rakaman berdurasi 3:10 minit ini telah mendapat lebih 16ribu tontonan yang baru saja dimuatnaik menerusi Youtube Ashley Del Mundo. Visual ini menyaksikan detik-detik cemas ketika Godfrey Gao penat berlari dan berhenti. Rupanya juga kelihatan pucat dan mengah sebelum mendiang jatuh pengsan.

Sumber: Astro Awani, Ashley Del Mundo

SKIP THIS AD ×