Pelawak Datuk Afdlin Shauki dikecam netizen selepas mempertahankan mengenai penutupan sementara kelab Comedy Crackhouse dengan menggunakan teori ‘swimming pool’ sebagai contoh insiden wanita menghina Islam.
Artikel Berkaitan: PU Amin Sedih Tengok Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran
Artikel Berkaitan: Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam
Analogi swimming pool kurang tepat
Tidak bersetuju dengan pandangan Afdlin, pelawak Shahrol Shiro menentang dengan menyatakan ada betulnya lokasi itu ditutup buat sementara waktu untuk siasatan.
Kata Shahrol, 37, dia musykil dengan dua perkara iaitu sama ada pihak penganjur tidak diberitahu awal tentang persembahan itu dan penapisan kandungan yang mengundang.
Penutupan sementara ‘CrackHouse’ ada betulnya juga bagi membantu siasatan isu yang sedang hangat hari ini. Analogi swimming pool agak kurang tepat digunakan untuk kes ini. Ada dua persoalan yang bermain di fikiran saya.
Pertama, sebagai penganjur dan pemilik premis kita punya hak untuk menghalang sebuah persembahan jika ianya melanggar batas-batas terutama isu sensitif yang melibatkan kesucian agama Islam.
Adakah ianya tidak diberitahu kepada yang akan membuat persembahan terlebih dahulu? Dan jika ianya melanggar batas tersebut kenapa penganjur tidak terus naik ke atas pentas dan membatalkan persembahan serta merta dan kita melihat seolah penganjur meraikan content komedi tersebut.
Kedua, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan content sebegini atau lebih sensitif lagi kerana ada lagi beberapa video yang kian tular yang akan mengundang kemarahan masyarakat lagi.
Nak pelawak ada kelas
Dalam pada itu, pemilik nama Shahrol Azizie Azmi menyeru agar semua pihak melahirkan pelawak Malaysia yang berfikiran cerdas di samping menjaga batas dalam berbicara,
Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang buat sementara. Bersama kita lahirkan komedian di Malaysia mempunyai pemikiran yang cerdas tanpa melanggar batas dan ada kelas yang tersendiri.
Sebelum ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.
Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Sumber: Instagram @shahrol_shiro