Aktor kacak, Ben Amir menyatakan dia sama sekali tidak akan menjual agama semata-mata demi wang ringgit mahupun untuk kandungan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Jika Menyebabkan Masalah & Membahayakan, Hukum Mencium Hajar Aswad Adalah Haram’ – Dr Zulkifli
Artikel Berkaitan: ‘Saya Jadikan Video Itu Kenangan & Boleh Wujudkan Keberanian Kepada Sahabat’ – Hafiz Mahamad
Tak jual agama
Menerusi ciapan di platfrom X, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin mengucap rasa syukur kerana tidak pernah menggadai agama.
Setiap hari aku bersyukur, aku tak jual agama ku demi duit dan konten.
Walaupun tidak menyatakan nama mana-mana individu namun ciapan berkenaan didakwa berkaitan dengan tindakan personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad bersama stafnya yang bergelut di hadapan Kaabah demi mencium batu Hajarul Aswad.
Tindakan tersebut telah menimbulkan perasan kurang senang daripada banyak pihak susulan ianya didakwa telah mencemarkan ibadah umrah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon berusia 33 tahun itu dan memujinya kerana menjadi contoh yang baik sebagai seorang selebriti.
Sangat setuju, kita teruskan hidup jadi orang biasa. Agama bukan untuk dicemar.
Seratus peratus setuju. Dunia dah akhir zaman.
Zaman sekarang, asal namanya duit jual apa-apa pun sanggup. Jual agama, jual diri, jual anak..hidup ini keras.
Terdahulu, tindakan Hafiz telah mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau menegur segelintir pengguna media sosial yang menjadikan ibadah umrah sebagai bahan konten.
Tidak lama selepas itu, Hafiz menarik semula video berkenaan dan menjelaskan bahawa ianya sekadar perkongsian setelah tujuh kali melaksanakan umrah selain mahu mewujudkan perasaan berani dalam kalangan umat Islam.
Sumber: X Ben Amir