berita

‘Aku Doakan Hidup Kau Tak Tenang’ – Adik Wanita Koma Dipukul Suami Harap Hukuman Setimpal Dikenakan

June 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim V.M Mabel Sheela di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas pertuduhanan memukul isteri yang sedang hamil sehingga koma. Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Jahidah Nordin berusia 43 tahun itu merupakan isteri nombor tiga kepada suspek Rosmaini yang mempunyai empat orang isteri.

Artikel berkaitan:Pukul Isteri Hamil Hingga Koma, Suspek Sudah Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Sampai Koma Mengaku Tak Bersalah, Sebenarnya Ada 4 Isteri!

Tindakan keterlaluan tersebut bagaimanapun, undang sayu dari pihak keluarga mangsa yang tidak menyangkakan nasib malang itu menimpa Jahidah Nordin.

Suspek mohon rayuan jaminan

Menerusi posting di laman Facebook adik kepada mangsa yang dikenali sebagai Fazariah Nordin akui terkilan dan tidak berpuas hati apabila suspek tidak mengaku bersalah memukul kakaknya itu. Malah, suspek Rosmaini memohon rayuan jaminan ke pihak mahkamah untuk dikurangkan dengan alasan perlu menanggung tujuh orang anak dan tiga lagi isterinya.

Setiap hari kakak menangis

Fazariah Nordin tidak sangka dan terkejut abang iparnya itu sanggup memijak mangsa sampai patah tulang selain memukul tubuh mangsa berkali-kali. Menurut adik mangsa, kondisi kakaknya itu sangat tipis untuk kembali sihat seperti sebelum ini memandangkan dia mengalami kecederaan di bahagian otak dan tubuh badannya.

Kau pijak belakang kakak aku sampai patah tulang! Manusia jenis apa kau ni. Walaupun tau kau tu banyak bini, tapi kenapa sanggup buat anak orang macam tu! Aku doakan kau tak tenang hidup.

Setiap hari kak Jahidah menitiskan air mata. Berkomunikasi dengan kakak pun tiada respon, memang akan ambil masa untuk dia pulih atau tetap akan macam tu selama-lamanya.

Yang kau pula, walau kena sebat, keluar penjara tetap hidup berjalan seperti biasa tetap juga makan dan minum seperti biasa. Tetap juga dapat hirup udara segar, tetap juga dapat ke sana sini seperti biasa dan tetap juga akan seperti sedia kala. Tapi kakak kami macam mana? Spesis macam kau tak patut wujud di muka bumi ini.

Sumber: Fazariah Nordin

SKIP THIS AD ×