Impian suami isteri semestinya memiliki cahaya mata. Melihat pembesaran anak adalah salah satu perkara yang diingini oleh setiap insan yang sudah berumah tangga. Memiliki zuriat tidaklah semudah yang dijangkakan namun, usaha dan tawakal setiap pasangan itu pasti dibuahkan hasil dengan izin-Nya.
Begitulah kisah pasangan suami isteri ini apabila mengalami tujuh kali keguguran dan akhirnya dikurniakan cahaya mata yang kelapan.
Artikel Berkaitan: Isteri Pernah Gugur 13 Kali, Fazley Yaakob Dedikasikan Ucapan Istimewa Sempena ‘Anniversary’
Artikel Berkaitan: Isteri Gugur 4 Kali Sebelum Lahirkan Cahaya Mata Pertama, Adam Corrie Jawab Soalan Peminat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hidap Kencing Manis & Disyaki Buah Pinggang Bocor, Wanita Sedih Pernah Gugur Sebanyak 6 Kali
7 anak syurga
Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok, individu tersebut memuji ketabahan dan kekuatan kakaknya yang sentiasa berusaha dan tidak sesekali berputus asa dalam mendapatkan zuriat. Walaupun pernah tujuh kali melahirkan namun, semuanya hanyalah pinjaman sementara apabila ketujuh-tujuh anaknya menjadi anak syurga.
Walau bagaimanapun, dengan semangat dan usaha yang tinggi, wanita itu akhirnya berjaya melahirkan anak kelapan walaupun mengalami beberapa kesulitan.
Tujuh kali mengandung dan melahirkan tapi semuanya diberi pinjaman sementara oleh Allah dan menjadi anak-anak syurga.
Dia (kakaknya) tak pernah berputus asa. Yang kali kelapan ini selamat sudah bersalin. Walaupun 30 minggu dalam kandungan.
Difahamkan, wanita itu terpaksa ditidurkan dan mengalami proses pemindahan dua beg darah semasa melahirkan anaknya itu.
@da_shu123 7 org anak2mu menunggu di pintu syurga..berlari2 di taman firdausi..
Kuatnya seorang ibu
Rata-rata netizen cemburu dengan kecekalan wanita tersebut dengan semangat yang tidak pernah putus walaupun kehilangan zuriat berkali-kali.
Sumber: Tiktok @da_shu123