Ibu kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang bertindak menuduh melulu mengenai dakwaan anaknya berjudi di tempat lumba kuda di luar negara.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa ‘Naik Hantu’ – ‘Ini Sangat Biadap’
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Mandi Dalam Kolam Renang, Netizen Ceramah Bab Agama
Jejak kaki tempat judi
Ketika ditemui OhBulan! Kartini turut berkata tindakan dia memadam hantaran yang dimuat naik sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.
Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.
Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah.
Kartini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Naelofar x Disney yang berlangsung di IOI, Putrajaya pada Khamis.
Dalam masa sama, Kartini berkata dia bersyukur apabila anak-anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya.
Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, hisap shisha, itu saya bangga.
Perjudian itu tiada dalam keturunan saya. Tidak pernah buat perkara-perkara sebegitu. Anak-anak saya tidak pernah jejak kaki ke tempat perjudian. Alhamdulillah.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila timbul dakwaan mengatakan Ameera Khan pergi ke tempat perjudian sebuah jenama terkenal di luar negara.