berita

‘Alhamdulillah, Our Queen Is Back’ – Tuanku Permaisuri Agong Kembali Aktif Di Twitter, Netizen Luah Rasa Teruja

October 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menutup akaun Twitter miliknya iaitu @cheminahsayang. Hal ini berpunca daripada segelintir netizen yang mengecam perkongsian Permaisuri Agong tersebut.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen inginkan Raja Permaisuri Agong itu kembali aktif di media sosial sebagai satu cara berinteraksi dengan rakyat. Terbaru, baginda telah kembali aktif menggunakan Twitter miliknya dan kembali berkongsi aktiviti sehariannya.

Lakukan aktiviti ‘flying fox

Baginda berkongsi video melakukan aktiviti ‘flying fox‘ merentasi sebatang sungai. Keberanian dan kecekalan baginda melakukan aktiviti lasak mendapat perhatian ramai. Selain itu, netizen turut gembira dengan perkongsian baginda kerana menunjukkan bahawa baginda telah kembali aktif menggunakan laman sosial.

Our queen is back

Netizen rindu dengan perkongsian baginda di laman Twitter miliknya. Sekembalinya baginda di laman sosial membawa keceriaan dalam kalangan netizen.

Seronok buat aktiviti macam ni

Baginda turut menerima banyak pujian berkenaan dengan aktiviti lasak yang dilakukan. Keberanian Raja Permaisuri tersebut perlu menjadi contoh kepada wanita diluar sana.

Sumber: cheminahsayang

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×