Pelawak dan pelakon Ali Puteh mengimbau kembali perjuangan yang diharunginya untuk bergelar anak seni sejak 13 tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Kadang-Kadang Terlalu Sibuk Kain Orang, Kain Sendiri Terbuka’ – Ali Puteh
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bertindak Matang, Teruskan Meniaga Macam Biasa’ – Ali Puteh
Perjuangan jadi anak seni
Menerusi perkongsian di Instagram, Ali berkata pelbagai cabaran yang telah dilalui untuk bergelar anak seni bersama arwah abangnya, Abam dan rakan seperjuangan, Mamak Puteh.
Menurut Ali, semua itu hanya tinggal kenangan dan dijadikan satu bentuk pembelajaran dalam hidupnya.
13 tahun berlalu. Pelbagai duri onak di lalui. Bermula dari 2010 hingga kini.
Bermula dari angan angan bersama arwah Abam, pelbagai audition kami sertai untuk cuba menjadi penghibur, akhirnya berjaya.
Tapi tu semua tinggal kenangan, pahit manis gelak tawa sedih menangis semua tu pembelajaran.
Dalam perkongsian sama, Ali berkata dia akan terus menimba ilmu agar menjadi seorang yang berguna dan memberi manfaat kepada orang lain.
Dulu berlayar bahtera, kini mendayung sendirian. Akan ku simpan semua kenangan ni.
Belajar dan terus belajar. Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.
Terus mendayung ke destinasi, sebelum diusung dan tinggal sendiri.
Sumber: Instagram