berita

[VIDEO] ‘Saya Bertindak Matang, Teruskan Meniaga Macam Biasa’ – Ali Puteh

August 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

ali dayah

Sebelum ini, balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali menuntut hutang tertunggak sebanyak RM76,167.28 daripada pelawak, Ali Puteh selepas kalah kes saman fitnah.

Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Tuntut Hutang Saman RM76,167.28 Dari Ali Puteh – ‘Hutang Wajib Bayar!’

Fokus berniaga

@ohbulanofficial Ali Puteh baik baik saje ??#aliputeh #ohbulan #news #fyp ? Mmm Mremememew Memew – yulia

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ali enggan mengeluarkan kenyataan balas kerana tidak ingin isu ini berlanjutan.

Kata Ali, 34, dia mengambil tindakan matang dengan memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan yang sedang diusahakan iaitu ‘sambal petai terangkat’ dan ‘sambal jering berlado’.

Takpa saya okey. Jangan risau. Saya bertindak matang kali ini. Tak ada nak keluar kenyataan. Saya nak fokus dengan berniaga.

Bila dapat tahu pasal (kenyataan Hidayah), media banyak hubungi saya. Cuma saya tak nak layan. Kalau layan, jadi masalah. Saya ambil tindakan bijak, masak sambal macam biasa fokus dengan bisnes.

Dalam pada itu, Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan menyatakan memang wujud sesetengah manusia yang tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Biasalah. Saya tengah seronok berniaga, mana boleh orang tengok kita senang. Bila berniaga ini, tak ada orang lain nak menjatuhkan selain orang kita. Jadi, jangan layan.

Dah masuk tiga tahun, benda kecil macam ini tak akan tak boleh urus. Yang saya tahu, teruskan meniaga macam biasa.

Memetik laporan media pada 29 Mac, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berjanji akan menyelesaikan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi menyelamatkan rumah pusaka arwah ibunya disita.

Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh bermula selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu menerusi akaun IG antara lain menggambarkan wanita itu seorang isteri yang tamak dengan harta pusaka suaminya.

Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya juga menfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×