Sebelum ini, mahkamah telah memerintahkan pelawak, Ali Puteh untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya selepas dipercayai mengeluarkan kata-kata aib di laman Instagramnya pada dua tahun lalu.
Bagaimanapun pelawak ini memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang dipercayai tidak tepat.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Gila Harta’ – Hidayah Abam Syukur Nama Dah Bersih, Kongsi Hashtag #BerkatDoaAnakYatim
Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Bergenang Mata, Lega Menang Saman Fitnah Ali Puteh
Artikel Berkaitan: Hormat Keputusan Mahkamah, Ali Puteh Bakal Buat Rayuan – ‘Kalau Arwah Mak & Abam Ada Lagi Tak Akan Jadi Seperti Ini’
Terbaru menerusi laporan Utusan, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan kini mula berjinak dalam dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama sebuah jenama.
‘Saya tak kerja untuk bayar duit itu’
Ujar juara Maharaja Lawak Mega 2019, usaha yang dilakukan bukanlah untuk membayar wang seperti mana yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.
Pelawak ini sedar perkara tersebut perlu diperjelaskan berikutan akan timbul ‘mulut-mulut negatif’ yang akan mereka cerita palsu mengenainya.
Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi. Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.
Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah.
Bukan penamat dalam bidang seni
Dalam pada itu, Ali turut menjelaskan walaupun mula berjinak dalam bidang baru namun ianya sama sekali tidak menjadi penamat terhadap karier seninya.
Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya.
Ujarnya lagi dia dengan Mamak sama sekali tidak pernah membubarkan kumpulan Puteh dan telah berbincang sebelum ini.
Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing.