Sekadar gambar hiasan
Seorang pemandu ambulans, Mohd Taqwa Ismail tidak menyangka apabila melihat anaknya sendiri yang terbaring kaku di jalan raya akibat kemalangan di simpang kilang sawit di Kilometer KM 38 Kuala Terengganu.
Artikel Berkaitan: Seorang Masih Di ICU, Bapa Penunggang Motosikal Reda Dua Anak Maut Dalam Nahas Kemalangan
‘Arwah janji nak makan sama-sama dengan saya’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan terjadi apabila mangsa, Muhammad Aiman Mohd Taqwa, 21, bertembung dengan sebuah lori yang dipercayai ketika cubaannya untuk memotong sebuah kenderaan di hadapan tetapi gagal. Berikutan itu, ayah kepada mangsa berasa begitu sebak apabila tiba di tempat kejadian.
Apabila tiba di tempat kejadian, saya macam kenal motosikal itu dan apabila saya lihat nombor platnya, saya sedar bahawa itu anak saya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih saya ketika itu.
Ini kali pertama sepanjang kira-kira 21 tahun lalu, saya sebagai pemandu ambulans berdepan dengan situasi yang membabitkan darah daging sendiri.
Mohd Taqwa menyatakan arwah baru lima bulan bekerja di Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI) dan kerap ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Tambahnya, arwah sering kali membawa bekal ke tempat kerja, namun, ketika hari kejadian, dia berjanji untuk makan bersama.
Susulan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan yang parah di kepala dan muka yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara.
Sumber: Harian Metro