berita

Altimet Mengamuk di Twitter!

May 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Altimet

Habis kecoh di laman Twitter yang Altimet sekarang ni tengah bengang marahkan sebuah syarikat pengurusan muzik gara-gara single terbarunya telah diperdengarkan di radio.

Melalui akaun Twitter milik Altimet, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kerana mereka telah merancang untuk mengeluarkan lagu baru itu selepas raya.

Screen Shot 2013-05-21 at 12.34.03

Konflik ini berpunca apabila pengurusan Warner Music dan label yang bekerjasama dengan Altimet, Kartel telah membocorkan single terbarunya itu. Mungkin ada salah faham dalam perancangan mereka yang membuatkan benda macam ni jadi.

Screen Shot 2013-05-21 at 12.44.27

Kami sendiri belum berkesempatan mendengar single terbaru oleh Altimet itu, tapi mereka yang telah mendengarnya di ERA fm mengatakan lagu itu sangat sedap dan mendapat sambutan yang cukup baik.

Screen Shot 2013-05-21 at 12.45.28

Tapi apapun respon positif yang diberikan peminat, Altimet masih tak mampu mengawal kekecewaannya bila rancangan tak berjalan seperti yang dirangka.

Screen Shot 2013-05-21 at 12.44.46

SKIP THIS AD ×