Pelakon Alya Iman,22, mengakui sudah lali menerima pelbagai kecaman selepas mengambil keputusan untuk tampil tidak bertudung di khalayak umum.
Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Bapa Saya Dah Selesai Dekat Dunia’ – Alya Iman Bidas Kritikan Netizen
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dah Lupa ‘Tudung Terbang’, Mula Puji Alya Iman Makin Cantik
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Tidak bertudung
Menerusi laporan Harian Metro, Alya berkata ‘inilah diri sebenar saya’ selepas mengambil keputusan untuk tampil tidak bertudung sejak April lalu selain dengan imej semakin seksi.
Tambah Alya, sejak membuat keputusan tersebut dia tetap membaca komen-komen netizen di media sosial yang mengecamnya.
Saya terima dan tahu impak berpakaian begini (seksi) akan dikecam ramai. Tapi, inilah penampilan diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang ramai dapat terima perubahan ini dengan hati terbuka.
Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil berkata, dia terima saja apa yang orang nak cakap dan mengecam dirinya dengan imej dan penampilan baharu sekarang.
Sebenarnya ramai cakap pada saya jangan baca komen (netizen), tapi itulah yang saya buat juga. Kadang-kadang memang terkesan, tapi bila dah lama-lama jadi lali.
Terdahulu, Alya membuat kejutan pada 1 Syawal lalu dengan penampilan tidak bertudung apabila memuat naik gambar di Instagram yang menunjukkan rambut panjangnya.
Alya menerusi penjelasannya sebelum ini mengakui, tindakan dia tidak bertudung itu kerana tidak mahu terus bersikap hipokrit dan mahu tampil dengan imejnya yang sebenar.
Sumber: Harian Metro