Setelah nekad mengambil keputusan untuk membuka tudung, pelakon Alya Iman menerima respon dari pelbagai pihak termasuklah kritikan dan kecaman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dah Lupa ‘Tudung Terbang’, Mula Puji Alya Iman Makin Cantik
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Belaskah Terhadap Arwah Ayah’ – Ustaz Ahmad Dusuki
Bidas komen netizen
Menerusi tinjauan OhBulan! di ruangan komen salah satu hantaran di Instagram (IG), terdapat beberapa orang individu yang bertindak menegur tentang aurat Alya atau nama sebenarnya Alya Ziman Azmil.
Dalam pada itu, ada juga yang mengaitkan tentang tanggungjawab seorang bapa terhadap anak yang dikatakan akan menanggung dosa anak perempuan jika tidak menutup aurat.
Bukankah memang begitu selangkah keluar dari rumah dengan tanpa menutup aurat bererti sama dengan selangkah memasukkan ayah ke neraka selama dia berkawin, sebab anak perempuan tanggungjawab ayah.
Susulan itu, pelakon berusia 22 tahun tersebut bertindak membidas komen di hantaran tersebut dengan mengatakan bahawa tanggungjawab bapanya sudahpun selesai. Dia juga meletakkan pautan penjelasan mufti tentang dosa anak perempuan yang belum berkahwin ditanggung oleh bapa.
Tanggungjawab arwah bapa saya sudah selesai di dunia.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu memuat naik foto mengenakan busana kurung moden dengan tidak lagi memakai hijab.
Alya menyatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak lagi hipokrit.
Sumber: Instagram