berita

Alyah Langgar Kereta Ramli MS Kerana Foto Kontroversi

January 16th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

PAKAILAH

Beberapa hari yang lalu penyanyi, Alyah bertindak memuatnaik sekeping foto di laman Instagram miliknya dengan kapsyen yang menimbulkan kemusykilan ramai.

Artikel Berkaitan : 10 Kronologi Krisis Rumah Tangga Ramli MS – Alyah

Foto Datuk Ramli MS bersama seorang wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya itu akhirnya dipadam Alyah beberapa jam kemudian.

Kereta Audi Milik Ramli MS Remuk

reeemli

Namun hari ini, menerusi laporan Harian Metro, Alyah dikatakan melanggar kereta Audi milik Ramli MS sehingga remuk pada bahagian depan ekoran foto kontroversi tersebut.

Menurut sumber, ‘drama’ yang berlaku di kawasan luar kediaman pasangan itu turut didengar oleh jiran mereka.

Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.

Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar (kejadian) biarlah kami berdua saja yang tahu.

Alyah Rugi RM11,000

alyahhh

Akibat rempuhan tersebut, Alyah terpaksa menangggung kos mencecah RM11,000 bagi membaiki semula keretanya yang turut remuk.

Saya terpaksa keluar duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu yang bernilai beberapa ribu ringgit.

Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri.

Alyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya memuatnaik gambar dan kemudian memadamkannya semula. Malah bagi konflik itu sudah diselesaikan antara mereka. Jom layan lagu Alyah!

SKIP THIS AD ×