berita

“Ambik, Baru Dia Ada Akai” – Netizen Sokong Tindakan Pemuda Serahkan Kembali Botol Kaca Dibuang Pengguna Jalan Raya

October 17th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Pernah tak korang bawa kereta, pastu tiba-tiba pemandu kenderaan depan korang buang sampah? Mesti pernah kan? Kadang-kadang yang dibuangnya tisu la, plastik la, kertas la. Tak boleh ke simpan je dulu, lepas itu buang la bila dah jumpa tong sampah.

Menjadi satu kesalahan bagi pemandu untuk membuang sampah di luar kenderaan dan sesiapa yang didapati melakukannya boleh dikenakan tindakan. Sehingga hari ini, masih lagi ada yang membuang secara sembarangan. Terima kasih kepada lelaki ini, moga kesedaran untuk tidak membuang sampah tanpa sikap ambil peduli dapat dipupuk selepas ini.

Ditegur buang botol kaca

https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=L5Snsu2Dil8

Viral di ruangan media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Subki Shaari telah bertindak menegur pemandu di hadapannya yang membuang botol kaca di jalanan.

Menerusi klip video yang dimuat naik pengguna Facebook, Beh Misbah, kelihatan seperti pemuda itu telah mengutip botol yang dibuang oleh pemandu kereta Nissan Teana dan menyerahkan kembali kepadanya sambil dilihat memberikan sepatah dua teguran.

“Perghhhh powerla”

Tindakan Subki itu telah meraih pujian netizen yang rata-rata menyokong langkah yang diambilnya itu. Ada yang beranggapan bahawa perlakuan pemandu tersebut mungkin boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pemandu motosikal.

Cayalah, bukan semua berani nak buat apa yang dia buat, kan? Harap lepas ini dapat lah kesedaran eh.

Sumber: Utusan OnlineBeh Misbah, Subki Shaari

SKIP THIS AD ×