Sebut sahaja nama, Nabila Razali sudah pasti rata-rata dalam kalangan netizen masih belum ‘move on’ dengan persembahan Nabila ketika pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL35) baru-baru ini.
Artikel berkaitan: ‘But I Think, This Is It’ – Nabila Razali Bakal Berhenti Menyanyi?
Artikel berkaitan:‘Saya Dah Cuba Buat Yang Terbaik, Maaf’ – Nabila Razali
Meskipun, sudah membuat permohonan maaf di media sosial, pelantun suara ‘Peluang Kedua’ ini mengaku bahawa dia terguris dengan sikap segelintir rakan artis.
Kesal teman artis kritik persembahan
Menerusi laporan Berita Harian, Nabila Razali mengaku terguris dengan sikap rakan selebriti yang mengkritik dan mengecam aksinya ‘terkucil’ ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL35). Lebih kesal, kecaman tersebut datang daripada selebriti yang cukup rapat dan dikenalinya.
Apa yang Bella kesal kadang-kadang orang yang mencari rezeki dalam bidang ini berbual benda-benda negatif, walhal kita mencari makan dalam bidang sama. Malah, ada di antara mereka itu pernah duduk semeja dengan Bella dan berbual.
Insiden ini sekurang-kurangnya memberi Bella pengajaran, siapa kawan dan yang mana satu lawan. Bella tidak pernah ada isu dengan sesiapa atau sakitkan hati mana-mana pihak.
Sebagai manusia biasa, Nabila turut memberi pesanan supaya tiada pihak di luar sana yang akan menambah minyak pada api yang sedang marak. Ini kerana, semua selebriti termasuk dirinya masih mencari rezeki melalui bidang yang sama.
Menangis dan ambil cuti sehari
Sedikit semangat daripada mereka sudah mencukupi kerana itu lebih baik daripada menjatuhkan semangat orang lain. Selepas kejadian itu, Bella menangis dan ambil cuti sehari untuk tenangkan fikiran sambil meluahkan rasa sedih. Lagipun, emak ada cakap, Bella kena hadapi semua ini kerana inilah jalan yang Bella pilih.
Pada masa yang sama, Nabila turut terkilan kerana kontroversi itu membayangi kemenangan artis lain pada malam AJL35 yang sepatutnya lebih diberi perhatian.
Sumber: Berita Harian