Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf tampil memohon maaf susulan tindakannya melakonkan babak panas dalam sebuah drama sehingga menerima kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama Lakonan Amir Ahnaf Dikecam, Didakwa Ada Adegan Wanita ‘Projek’ Bawah Meja
Minta Maaf
Ketika ditemui OhBulan! Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin berkata dia akui berat untuk melakukan babak tersebut.
Saya minta maaf tentang isu ini kerana menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
Apa yang saya boleh katakan untuk naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan yang lebih elok, insya-Allah.
Bila isu itu tular saya terima dengan seadanya sahaja. Malah saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu.
Amir berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang berlangsung di GSC, IOI Mall, Putrajaya pada Selasa.
Dalam pada itu, aktor berusia 23 tahun itu berkata dia mengetahui mengenai babak tersebut dan jalan cerita drama berkenaan seminggu selepas menandatangani kontrak.
Waktu saya terima tawaran tidak tahu lagi skrip bagaimana. Saya terima skrip seminggu selepas tanda tangan kontrak.
Lagipun selepas itu ada perubahan skrip ketika penggambaran berlangsung, draf jalan cerita juga berubah ikut kesesuaian. Yang saya tahu tajuk, kesimpulan drama dan barisan pelakon sahaja.
Sementara itu, ketika disoal mengenai respon keluarga, Amir menjawab ibu bapanya memberi keizininan dan menganggap itu sebahagian daripada kerjaya.
Saya dah tanya keluarga saya, dia okay. Mereka tahu ini kerja. Untuk penjelasan, babak itu hanya ‘cheat shoot’ (teknik kamera).
Terdahulu, nama Amir menjadi sebutan apabila melakonkan babak panas dalam sebuah drama bersama seorang pelakon wanita.
Menerusi babak tersebut, Amir, yang memegang watak Farid dilihat meminta isterinya, Aileen lakonan Anna Jobling pulang ke rumah kerana mendakwa dirinya sibuk bekerja.
Menerusi babak sama, penonton seterusnya dikejutkan dengan kemunculan seorang wanita yang berada di bawah meja.
Amir seterusnya bangun dari kerusinya sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.