Pelakon meningkat naik, Amir Ahnaf memberi pendapat berhubung tindakan warganet melabel segelintir selebriti sebagai ‘muka awam’ iaitu merujuk kepada rupa paras yang tiada tarikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Takut Dimarahi Keluarga, Berlakon Babak Panas’ – Amir Ahnaf
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama Lakonan Amir Ahnaf Dikecam, Didakwa Ada Adegan Wanita ‘Projek’ Bawah Meja
Kelebihan kepada pelakon
Menerusi ciapan di platform X, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin berkata seseorang pelakon yang memiliki ‘muka awam’ sebenarnya mempunyai kelebihan untuk membawa sesuatu watak.
Nak tahu sesuatu tak? Mierul pernah borak dengan Amir, muka awam kita ni iaitu Melayu akan banyak membantu untuk pemain melakonkan watak.
Kerana dalam kehidupan kita seharian ini memang tak lari daripada realiti. Hari-hari kita tengok rupa orang awam. Jadi kita dah terbiasa. Bila kita dah terbiasa, otak akan ‘setting’ sebegitu rupa.
Mengulas lanjut, teraju utama drama Syurga Itu Bukan Mudah berkata dengan wajah sebegitu ianya dapat memberi impak yang baik terhadap penonton kerana mereka akan lebih memahami lakonan aktor tersebut.
Ia perkara yang baik, bila orang awam memainkan watak sebab mereka boleh pamerkan realiti dalam bentuk karakter.
Rasa itu lagi menusuk jiwa penonton sebab bentuk rupa yang tak lali dari perhatian.
Hari-hari tengok kan, kau betul-betul ‘feel vibes’ nusantara tu.
Sementara itu, pelakon Nadhir Nasar juga dilihat bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menekankan bakat lakonan adalah lebih penting berbanding penampilan.
Sebenarnya, dipanggil ‘muka awam’ tetapi memiliki pengikut dengan apa yang kita sajikan di kaca tv adalah satu pujian. Sebab orang tak tengok paras rupa tetapi bakat yang hendak ditunjukkan. Jalan terus!
Sumber: Platform X