berita

Amir Jahari Lancarkan Teaser 30 Saat Single Terbaru, ‘Penghibur Jalanan’

September 26th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Selepas muncul dengan single pertama berjudul ‘Tanpamu’, kini Amir Jahari atau mesra dengan panggilan Amir ini telah melancarkan teaser untuk single-nya yang terbaru, ‘Penghibur Jalanan’.

Masih mengekalkan konsep akustik, lagu yang diterbitkan oleh Anas Amdan dan Mike Chan ini menceritakan tentang kisah Amir ketika masih aktif dizaman ‘busking’ atau lebih mudah dipanggil, Penghibur Jalanan.

Apa yang lebih menarik, single kedua Amir ini juga bakal menjadi tajuk bagi album sulungnya yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2012 ataupun awal tahun 2013 dibawah label Kasi Gegar Entertainment. Album ‘Penghibur Jalanan’ akan mengekalkan konsep ‘acoustik folk-rock’, dengan sedikit sentuhan Jazz, RnB dan juga Country.

Kepada anda semua, tak salah kiranya kita mendengar teaser 30 saat ‘Penghibur Jalanan’ oleh Amir ini sebentar, kan?

SKIP THIS AD ×