Siapa tidak kenal dengan keluarga kecil pelakon Aaron Aziz dan isteri iaitu Diyana Halik. Pasangan ini sering berkongsi aktiviti kekeluargaan di media sosial. Terbaru, menerusi akaun Instagram Diyana Halik telah dimuatnaik sebuah video yang hiba apabila keluarga kecil ini terpaksa berpisah dengan pembantu rumah mereka yang sudah tamat perkhidmatan. Sedih pula tengok anak-anak Aaron Aziz ini menangis sambil berpelukan dengan pembantu rumah mereka itu.
Terima kasih untuk segalanya
https://www.instagram.com/p/B3WpVGmDM9I/
Diyana Malik berterima kasih kepada pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia itu kerana sudah pun 11 tahun berkhidmat buat keluarga mereka. Dia turut berterima kasih kerana pembantu rumahnya itu setia mendengar masalah yang pernah Diyana Malik hadapi sebelum ini.
Tambahnya, Diyana Malik mempercayai dan yakin perpisahan ini bukan buat selama-lamanya. Isteri kepada Aaron Aziz ini berharap akan bertemu lagi dengan pembantu rumahnya itu dan akan sentiasa berada di dalam hati mereka sekeluarga.
More than 10 years of service
Ada jodoh jumpa pagi
Sumber: Diyana Malik