berita

Anak Dia Kurang Kasih Sayang – Suami Nekad Tak Mahu Berpisah Dengan Janda, Wanita Ini Buntu

May 19th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanjanda

Hati manusia memang sukar diramal. Jika hari ini si dia setia bersama kita susah senang, tak mustahil berpaling di kemudian hari. Namun tidak semua, ada yang benar-benar setia sehingga hujung nyawa.

Namun apa yang harus dilakukan oleh wanita ini bila suami sendiri akui sayangkan seorang janda. Malah tidak sanggup untuk berpisah dengan janda berkenaan.

Suami kantoi dengan janda

salam admin, hide fb sy ye.  Sy cuma nk minta pendapat saje. Tahun ni 9 tahun sy berkahwin. Sy dan suami kawin muda. Anak dah 2. Suami sy ni org yg ade rupa. Ramai sgt perempuan kejar dia tp biasanya kalau kantoi perempuan tu tak tau suami sy dh berkawin. Biasa la lelaki kan, sy tau dia dgn perempuan2 tu suka2 je. Dalam masa sama kami mmg sgt bahagia tak ada apa2 masalah lain, dari segi duit belanja layanan semua perfect. Setiap kali kantoi sy msti maafkn dia sbb sy tau dia syg sy. Dalam masa 9 tahun ni kami tak pernah tidur berjauhan walaupn tgah bergaduh sy tetap tidur di ketiak dia dan mcm mana pun dia tetap peluk sy.

Sekarang sy dah ade anak kembar, usia anak kembar sy 1 tahun. So skrg sy mmpunyai 4 org anak. Baru2 ni dia kantoi lagi dgn sy dan kali ni dia berkawan dan bercinta dgn seorg janda anak 2. Janda tu sebaya dgn sy, anak dia pn sebaya dgn anak sy yg no 1 dan no 2 tp janda ni dah tau suami sy dah berkawin dan ada anak 4 tp dia ttp truskn hubungan dgn suami sy.

“Awak sayang dia ke?”

Sy sgt kecewa, janda ni pun lagi cantik dan sexy dari sy tp dari segi percakapan dgn sy dia tak lah biadap. Sy tanya punca dia bercerai dgn bekas suami pun sbb suami dia ada perempuan lain. Walaupn dia pnah merasa perasaan bila suami dirampas mcm mana dia tetap buat kat perempuan lain. Selepas kantoi tu sy suruh suami sy berbincang dgn janda tu sama ada nk teruskn hubungan atau tidak. Selepas dorg bincang dorg nk teruskn hubungan tp berserah pada jodoh.

Bila sy tnya janda tu syg suami sy ke dia jawab dia syg sgt suami sy tak boleh tak ada suami sy. Bila sy tnya suami sy “awak syg dia ke ” dia diam. Sy faham la maksud dia diam.  Suami sy susah sygkn org tp skrg dia dh sygkn janda tu. Sy trpaksa izinkn dorg teruskn hubungan sbb suami sy dah sygkn dia. Sy tak smpai hati nk halang sbb katanya anak janda tu kurang kasih syg bapa sy tau selalu suami sy jumpa anak janda tu. Dalam masa sama skrg dorg buat bisnes bersama. Sy biarkn je, sy tak nk halang ape2 tp sy sgt2 cemburu, sy sygkn suami sy.

Nak life yang dulu

Mula2 sy nk cerai je. Sy tak nak berkongsi sy tak nak bermadu tp anak sy kecik lagi. Sy tak tau ape nk buat. Walaupn suami sy ade janda tu tapi dia tak pernah berubah melayan sy. Tetap layan sy dgn baik tp sy tak nak ambil risiko sy tak nak akan dtg dia berubah. Sy pernah tnya suami sy, kan sy dh ade tak boleh ke kalau janda tu tak ada dlm kehidupan kita tp dia diam je.

Bila sy tau dorg keluar bersama lagi skrg bisnes bersama lagi la selalu bersama2, sy slalu menangis fikirkan masalah ni. Saya nak life sy yg dulu. Bulan lepas sy ade paksa suami sy putus dgn janda tu. Ya suami sy putuskn hubungan tp dia nk putuskn hubungan sy dgn dia sekali. Sy betul2 tak tau nk buat ape skrg. Kadang sy trpikir nk suruh janda tu tingalkn suami sy tp sy tak percayakan janda tu mesti dia akan bgtau suami sy. Kalau suami sy tau msti dia akan marah sgt2. boleh bg sy pendapat?

Sumber : KRT

SKIP THIS AD ×