Anak lelaki kepada pelakon veteran Fauziah Nawi iaitu pengarah Pitt Haniff dikhabarkan hilang di Sungai Mela, Jerantut, Pahang. Pengarah filem Coastguard itu dikhabarkan sedang memancing di sungai berkenaan bersama seorang lagi jurukamera sebelum bot yang dinaiki mereka terbalik dan tenggelam ke dalam sungai berkenaan.
Pitt kongsi gambar ke group whatsapp
Menerusi foto yang dimuatnaik isteri kepada pengarah ini iaitu Farah Ahmad menerima foto berkenaa melalui Whatsapp Group sebelum kejadian malang itu menimpa suaminya. Dia turut berharap agar suaminya yang dikhuatiri lemas itu berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat. Tambahnya, dia turut memohon netizen mendoakan agar dipermudahkan operasi mencari dan menyelamat Pitt Haniff.
‘Dia orang memancing, dapat ikan lepas tu..’
https://www.instagram.com/p/B4E0yNiAAP9/
Farah Ahmad menerusi akaun Instagramnya memaklumkan perjalanan ke lokasi kejadian bagi melihat dan membantu pihak berkuasa. Dia turut sahkan berita tersebut adalah benar dan memohon agar orang ramai terus mendoakan dipermudahkan urusan tersebut.
Saya tak tahu nak cakap apa lagi
Sementara itu, Fauziah Nawi menerusi laporan Metro berkata anak lelakinya itu pergi bersama seorang jurukamera melakukan aktiviti riadah pada jam 9 pagi dengan menaiki sebuah bot.
Saya minta maaf, saya tak tahu nak cakap apa lagi, tolonglah. Sewaktu melakukan aktiviti terbabit, bot yang dinaiki tiba-tiba terbalik menyebabkan mereka terjatuh ke dalam sungai. Kejadian itu mengejutkan semua sebelum panggilan dibuat kepada pihak berkuasa.
Info terbaru, jurukamera yang terlibat dalam kemalangan ini telahpun berjaya ditemui namun usaha mencari Pitt Haniff sedang dilakukan sehingga kini.
Sumber: Metro, Farah Ahmad