Rezeki cahaya mata tidaklah semudah yang disangka. Namun, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga itu pasti memiliki perancangan mereka tersendiri.
Pelakon dan usahawan, Fazura yang kini memiliki seorang cahaya mata memohon doa agar dikurniakan rezeki anak kedua.
Artikel Berkaitan: Fazura Syukur Fatima Faham Jadual Kerja Padat, Rancang Nak Bawa Bercuti – ‘Nyamma Nak Jumpa Animals’
Artikel Berkaitan: Mesra Layan Pesakit Kanser & Staf IKN, Netizen Puji Personaliti Fazura
Artikel Berkaitan: Kaburkan Jenama Beg Tangan, Peminat Puji Sikap Rendah Diri Fazura
Doakan rezeki saya
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Fazura, 39, memuat naik gambar dan videonya bersama satu-satunya puteri kepada pasangan selebriti itu, Nur Fatima Aisya.
Dalam perkongsian itu, Fazura dan Fattah dilihat menghadiri rumah terbuka ‘Bahagianya Syawal Bersama Fazura 2023’.
Menurut Fazura, dia seakan tidak percaya dengan Fatima yang kini berusia dua tahun setengah dan merupakan ‘mini’ kepada dirinya.
Dia (Fatima) berusia dua tahun setengah tapi saya masih tidak percaya dia adalah ‘my little mini-me‘.
Tambahnya lagi, berkenaan persoalan untuk menambah anak kedua, Fazura hanya memohon doa agar rezeki untuk bahagian itu bakal tiba kepadanya.
Sumber: Instagram @missfazura