Kerjaya seorang anak seni pastinya dipenuhi dengan jadual yang padat lebih-lebih lagi selebriti yang melonjak naik. Begitulah pengorbanan yang perlu dikorbankan dengan tuntutan kerja yang tidak menentu.
Artikel Berkaitan: Mesra Layan Pesakit Kanser & Staf IKN, Netizen Puji Personaliti Fazura
Artikel Berkaitan: Fazura Luang Masa Melawat Wanita Koma Dipukul Suami, Menitis Air Mata Sebaik Sampai
Artikel Berkaitan: Herdik Anak Saudara Autism Dalam Pesawat, Fazura Kesal Dengan Sikap Penumpang Wanita
Fatima anak yang memahami
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fazura, 40, meluahkan rasa syukur dengan anugerah cahaya mata yang sangat memahami kesibukan kerjaya ibu bapanya.
Hal ini dikongsi oleh Fazura sendiri apabila tamat bekerja padal pukul 2:30 pagi bersama suaminya yang juga seorang pelakon, Fattah Amin.
Kisah semalam, lama tak shoot bersama. 2:30 pagi baru wrapped. Balik rumah, anak dah tidur. Tapi Alhamdulillah, Fatima anak yang sangat memahami.
Tambah Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, dia merancang untuk membawa puteri sulungnya itu untuk bercuti memandangkan Fatima juga meluahkan rasa keterujaan untuk meluangkan masa bersama ibu bapanya.
Dia (Fatima) siap tanya pagi tadi, ‘nanti nak pergi mana mommy? Nyamma (Fatima) nak jumpa animals dan nak lollipop.
Sekadar info, Fazura dan Fattah Amin sah bergelar suami isteri pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan selebriti itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.