Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon veteran, Datuk ND Lala iaitu Amir Syafiq meluahkan rasa sedih berikutan kemelut rumah tangga ibu bapanya yang berakhir dengan perceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ND Lala Didakwa Macam ‘Pak Turut’, Rakam Pengakuan Maaf Anak Dituduh Curi Kereta Isteri Muda
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berhenti Buat Cerita Palsu, Bekas Isteri Saya Banyak Kali Mendesak & Ugut Minta Diceraikan’ – ND Lala
Hargai keluarga
Menerusi perkongsian di TikTok, Syafiq telah memuat naik beberapa keping gambar kenangan keluarganya.
Bagaimanapun, kapsyen pada gambar tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet apabila Syafiq menitipkan nasihat agar sentiasa menghargai keluarga.
Allah nak tarik nikmat sekejap je. Kita ini sentiasa akan diuji. Sementara Allah masih pinjamkan nikmat bahagia pada kita ini, hargailah sebaik mungkin setiap ahli keluarga yang ada.
Nanti bila sudah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal.
Dalam masa yang sama, Amir juga memohon agar pengikutnya mendoakan agar keluarganya akan kembali bersatu dan bahagia selamanya.
Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga.
Doakan kami yang masih bersatu sebagai keluarga ya.
Terdahulu, ND Lala tampil menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang timbul melibatkan dirinya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.
Dalam beberapa siri hantaran video yang dimuat naik di Instagram, ND Lala menjelaskan mengenai isu perceraiannya, isu membabitkan impak jenayah, ghibah dan fitnah.
Untuk info, Fauziah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya menerusi lafaz cerai yang dilakukan penyanyi itu pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: TikTok Amir Syafiq