berita

‘Sanggup Uncle Menipu Kata Kami Mencuri? Better Diam Ja’ – Teman Wanita Anak ND Lala

September 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Teman Wanita Anak Selar Kenyataan ND Lala

Baru-baru ini, penyanyi terkenal era 80-an iaitu Datuk ND Lala tampil bersuara setelah hampir sekian lama berdiam diri mengenai kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.

Menurut ND Lala, bekas isterinya itu telah mengugut dan mendesak dirinya beberapa kali meminta untuk diceraikan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berhenti Buat Cerita Palsu, Bekas Isteri Saya Banyak Kali Mendesak & Ugut Minta Diceraikan’ – ND Lala

Artikel Berkaitan: ND Lala Nafi Disihir Isteri Muda, Jawab Isu Anak Lelaki Curi Kereta – ‘Satu Malaysia Dah Benci Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala

Isu curi kereta

Teman Wanita Anak Selar Kenyataan ND Lala

Terbaharu, ND Lala dilihat memberikan penjelasan mengenai isu kereta isteri baharunya, Siti Munirah yang didakwa dicuri oleh anaknya sendiri yang bernama Amir Syafiq, 30.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh mendakwa Syafiq dan teman wanitanya yang bernama Eiza Idanie telah mengambil kereta tersebut di Kedah pada 20 Disember 2022 yang lalu.

Sehinggalah pada 22 Disember 2022, ND Lala cuba untuk mengambil semula kereta tersebut namun tidak berjaya.

 Anak saya (Syafiq) dan teman wanitanya Eiza Idanie telah pergi ke Kedah untuk mengambil kereta kepunyaan Siti Munirah pada 20 Disember 2022.

Kemudian pada 22 Disember 2022, dua hari selepas kejadian itu saya balik ke rumah saya di Hulu Langat, Cheras dan saya dapati kereta tersebut ada di rumah saya.

Dakwa ND Lala lagi, dia cuba untuk mengeluarkan kereta tersebut dari perkarangan rumah namun gagal kerana dihalang oleh bekas isterinya Fauziah, anaknya Syafiq dan teman wanita kepada Syafiq, Eiza.

Menurut ND Lala, meskipun tahu kereta tersebut kepunyaan Siti Munirah namun mereka bertiga tetap berkeras untuk tidak memulangkan semula kereta tersebut kepadanya.

Eiza Idanie bersuara

Teman Wanita Anak Selar Kenyataan ND Lala

Teman Wanita Anak Selar Kenyataan ND Lala

Teman Wanita Anak Selar Kenyataan ND Lala

Menjengah ke ruangan komen, teman wanita kepada Syafiq iaitu Eiza Idanie tampil memberikan maklum balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan ND Lala.

Selain berang namanya ‘dipetik’, Eiza mendakwa kenyataan yang keluar dari mulut ND Lala adalah mengarut dan tipu semata.

Terdahulu, ND Lala tampil menjawab segala spekulasi dan kontroversi yang timbul melibatkan dirinya bersama bekas isteri, Fauziah Sarman.

Dalam beberapa siri hantaran video yang dimuat naik di Instagram, ND Lala menjelaskan mengenai isu perceraiannya, isu membabitkan impak jenayah, ghibah dan fitnah.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ndlalaofficial (@ndlalaofficial)

Sumber: YouTube, Instagram

SKIP THIS AD ×