Foto: Anak Sepahkan Apa Hari Ini?
Tidak dinafikan kanak-kanak yang sedang membesar, mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Bahkan, sifat ingin tahu dan ingin mencuba juga membuak-buak dalam diri mereka.
Artikel Berkaitan: Anak Selalu Buka Peti Ais, Ibu Terpaksa Letak Gambar Maklong ‘Harimau Merenung’
Artikel Berkaitan: Ganti Ikan Laga Dengan Ikan Bilis, Bila Disoal Bapa..Ini Jawapan Lucu Anak 3 Tahun!
Artikel Berkaitan: ‘Semalam Ada RM50, Harini Ada RM55…’ – Ibu Terharu Anak Prihatin, Tambah Duit Dalam Dompet
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Zanariah Khatim, menceritakan tahap kreativiti anaknya menerusi satu posting di satu kumpulan terkenal di Facebook iaitu Anak Sepahkan Apa Hari Ini?.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung meraih pelbagai komen dan pada masa yang sama menghiburkan warganet.
Raket menjadi mangsa
Foto: Zanariah Khatim
Menerusi gambar yang dikongsi wanita itu, menunjukkan sebatang raket tanpa talinya dan sebekas besen yang diisi dengan sabun.
Anak perempuan saya, diam-diam gunting tali raket abang dia. Kemudian dituang hampir sebotol sabun basuh pinggan. Katanya nak buat bubble besar, yang macam orang-orang main kat taman tuuu. Ralat sungguh ibu, raket rosak, sabun membazir.
Jelas wanita itu, anak perempuanya bertindak menggunting tali raket abangnya sendiri, bahkan sabun pencuci pinggan juga turut dihabiskan demi membuat sabun belon. Lagi mencuit hati apabila, anaknya memberikan alasan ingin membuat belon seperti belon-belon yang lazimnya dijual di tempat-tempat rekreasi.
Tidak berakhir di situ, si ibu sempat menceritakan anaknya sudah memasang taktik yang lain, untuk menggunakan sabun basuh baju. Hal ini berikutan sabun pencuci pinggan yang digunakan tidak menghasilkan belon yang banyak seperti mana yang diinginkan.
Anak memang kreatif
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan kanak-kanak perempuan itu yang disifatkan sebagai kreatif dan bijak kerana mampu berfikir di luar kotak.
Sumber: Zanariah Khatim via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?