Anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Diyana Ridzuan terkesan dengan pemergian ayah tercinta buat selamanya.
Artikel Berkaitan: ‘Arwah Ada Bertanya Pada Saya’- Ebby Yus Dedah Pernah Kongsi Rawatan Sakit Jantung Pada Ridzuan Hashim
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Sifatkan Ridzuan Hashim Pelakon Berdisiplin, Sebak Kenang Pelukan Terakhir
Artikel Berkaitan:Dah Sediakan Baju & Tiket Penerbangan, Anak Sedih Ridzuan Hashim Tak Sempat Ke Majlis Pernikahan
Hajat belikan skuter
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Diyana berkongsi sebuah nukilan yang menceritakan luahan isi hatinya kepada aktor yang meninggal dunia pada usia 62 tahun itu.
Menurut Diyana, dia akan merindui banyak momen indah bersama Allahyarham selain berasa terkilan kerana tidak sempat menghadiahkan skuter elektrik sepertimana dihajahatkan oleh bapanya.
Ayah, princess Diyana rindu ayah sangat-sangat. Nanti Nana jumpa ayah selalu okay?
Ayah dah tak penat dah sekarnag. Tiada dah ayah call Nana mengadu kaki ayah bengkak-bengkak, ayah sakit perut berak-berak, tiada yah (ayah) and I am happy for you.
Tapi sorry ayah, tak sempat belikan ayah scooter. Itu adalah permintaan terakhir dia sebab dia kata dia malu nak naik kerusi roda atau pakai tongkat.
Hilang semangat
Dalam pada itu, Diyana berkata dia seakan hilang semangat untuk hidup memandangkan ayahnya yang menjadi sumber kekuatan untuk dia terus berkerja selama ini.
Punca kekuatan nana untuk terus bekeria lebih keras hilang yah.. Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu tak berbaloi untuk Nana.
Lepas ni Nana nak orderkan makanan untu siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi pagi? Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai dan sayur pucuk ubi masak lemak lagi?
Khamis lalu, industri seni dikejutkan dengan pemergian pelakon popular, Ridzuan Hashim yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya yang terletak di Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992. Namun, rumah tangga dibina tidak bertahan lama apabila berpisah pada 2002.
Hasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sumber: Instagram