berita

Andainya Takdir & 6 Drama Paling Viral 2017. Yang Mana Favourite Korang?

October 31st, 2017 | by faris
Kini Trending

Unik. Menarik. Kelakar. Elemen-elemen ini antara rencah yang boleh menjadikan sesuatu isu menjadi viral dan sebutan, dan ini termasuk juga dengan drama siaran televisyen.

Kami bawakan 7 drama pilihan tahun ini yang menjadi viral ketika disiarkan. Jalan cerita, lakonan dan impak setiap drama kepada penonton membuatkan drama-drama ini menjadi buah mulut dan trending setiap kali disiarkan.

Misteri Wan Peah

Drama bergenre seram dan komedi ini meraih tontonan 10 juta secara keseluruhan! Memang minat betul orang kita dengan cerita hantu kan? Lakonan pelakon veteran Normah Damanhuri sebagai Wan Peah yang menghantui penduduk kampung berjaya membuatkan penonton tertunggu-tunggu sambungan episod berikutnya di TV. Memang kelakar, seram pun ada!

Mak Cun

Netizen seakan tidak berpuas hati dengan loghat Kedah Mak Cun yang dikatakan tidak asli dan seolah dibuat-buat. Ramai orang Kedah yang membuat status Facebook dan Tweet menyuarakan hal ini. Namun dalam tak sedar, perkara ini membuatkan Mak Cun jadi sebutan dan telatah lucunya yang berperang besar dengan Manisah (Umie Aida) tidak gagal mencuit hati penonton.

Pesan Dari Tuhan

Pernah menjadi isu dan meraih perhatian rakyat Malaysia apabila tayangannya dibatalkan di TV3 di saat akhir, drama arahan Erma Fatima ini kemudiannya disiarkan di RTM. Drama ini tidak disiarkan kerana dikatakan mempunyai unsur sensitif di dalamnya, namun Erma menjemput Menteri Komunikasi dan Media, Datuk Seri Dr Salleh Keruak yang kemudian mencadangkan ditayangkan di stesen TV kerajaan itu.

Artikel berkaitan: Drama Pesan Dari Tuhan Dibanned, Erma Fatima Naik Angin!

Mak Tak Bagi Balik

Drama sempena Hari Raya ini cukup membuat penonton beremosi. Penderitaan sebuah keluarga yang melarat begitu meruntun jiwa. Malahan ada netizen yang mengakui mereka begitu terkesan kerana jalan ceritanya begitu dekat dengan kehidupan lampau mereka. Serius sebak!

Andainya Takdir

Rasanya drama yang paling banyak buat netizen geram dan terasa mahu membelasah watak Airil. Manakan tidak, isteri bercakap dengan pelayan restoran pun dia boleh maki-hamun balik. Apa yang lagi menarik, penulis skripnya mengatakan drama ini berdasarkan kisah benar dan gangguan mental dialami Airil juga wujud di alam nyata. Lakonan Shukri Yahaya memang real!

Artikel berkaitan: Kisah Dram Ini Benar Berlaku – Dakwa Skrip Drama Andainya Takdir Keterlaluan, Ini Penjelasan Penulis

My Sweet Lavender

Zara Zya, Aeril Zafrel, Adi Putra, Nadia Brian adalah barisan pelakon drama ini. Semuanya pelakon top sekarang. Bukan senang hendak menyaksikan kesemua pelakon ini bergabung dalam satu drama, sebab itulah drama dinanti-nanti setiap minggu.

Syurgaku Tak Sempurna

Selalu kita tengok pelakon seksi Raja Ilya memegang watak gadis penggoda kan? Tapi kali ini dia membawa watak gadis kampung (Zalia) yang berkahwin dengan anak orang berada (Tengku Zarif). Namun dia kemudiannya berubah laku apabila kehilangan anak dalam kemalangan dan suaminya kahwin lain. Memang penuh drama, tak rugi tengok.

Saksikan ketujuh-tujuh drama ini bersama puluhan drama lain berentap sesama sendiri dalam Anugerah Skrin 2017 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 Jumaat ini, 3 November. Boleh juga streaming online di Facebook Ohbulan! untuk liputan di mana saja anda berada.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×