berita

Anggota Polis Temui Ajal Ketika Jogging Beri ‘Hint’ Terakhir Buat Isteri

January 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang anggota polis iaitu Allahyarham Koperal Khairul Anuar Md Nor menemui ajal dan disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika berjogging di Taman Perbandaran Tengku Anis, Kelantan. Isteri kepada anggota polis itu tidak sangka pesanan terakhir suaminya untuk belajar memandu kereta menjadi sebuah petanda.

Kalau saya tak ada nanti macam mana?

Kredit foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira 10 pagi tadi mengejutkan keluarga Zalilawati Deraman. Kali terakhir dia bertemu Allahyarham iaitu pada petang semalam sebelum keluar bekerja pada shift malam di sebuah kilang di Pengkalan Chepa.

Saya masuk kerja pada jam 7.45 malam dan pergi dengan menaiki van syarikat. Pada sebelah petang sebelum itu, kami menjemput anak bongsu berusia 7 tahun dari sekolah dan bersiar-siar sambil minum di kedai.

Masa tu dia kata pada saya, Mama ada lesen bawalah kereta sendiri, kalau saya tidak ada nanti macam mana?

Arwah suami suka berjogging

Seorang kenalan yang datang ke rumah Zalilawati dan menunjukkan gambar suami melalui aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan kesahihan sebelum dia bergegas ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dia turut berkongsi arwah suaminya yang suka berjogging dan pasangan sering melalukan aktiviti itu bersama-sama.

Saya habis kerja dan tiba di rumah pada jam 10 pagi tadi. Kalau tidak kerja, arwah akan jogging bersama saya setiap pagi tetapi hari ini dia pergi seorang diri.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gertak Lembu, Salor selepas solat Asar hari ini.

Menurut laporan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud memberitahu jenazah dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat dan kematian arwah Koperal Khairul Anuar diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×