berita

Angkara Cemburu, Wanita Bayar RM24k Untuk Bunuh Mak Mentua & Anak Tiri, Tapi ‘Kantoi’ Lepas Suami…

March 15th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: New York Post

Gara-gara mahu ‘pulang’ semula ke pangkuan bekas suami, seorang wanita tergamak mengupah pembunuh upahan untuk membunuh ibu mentua dan anak tirinya.

Artikel Berkaitan: Rakam Video Luah Rasa Cinta & Hantar Kepada Suami Sebelum Bunuh Diri, Penemuan Surat Bongkar Segalanya..

Artikel Berkaitan: Niat Campur Racun Biawak Dalam Gulai Ikan Sebab Nak ‘Bunuh’ Suami, Sekali Ibu Mertua Pula Yang Makan..

Artikel Berkaitan:Tak Dapat Pinjam Wang, Peniaga Kuih Sanggup Bunuh Kawan Sendiri

Lebih mengejutkan apabila suspek membuat rancangan tersebut kononnya pembunuhan itu berlaku disebabkan rompakan.

Cemburu dengan mak mentua, anak tiri

Foto: PIX11

Menerusi laporan yang dipetik daripada New York Post, suspek yang dikenali dengan nama Elsy Rodriguez-Garcia melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu pada bulan Julai 2019 yang lalu. Wanita berusia 25 tahun dari New York ini dipercayai bertindak sedemikian kerana cemburu bekas suami banyak meluangkan masa bersama ibu dan anak kandung berbanding dirinya.

Oleh itu, dia nekad untuk mengakhiri hidup ibu mentua dan anak tirinya itu dengan harapan bekas suami akan ‘kembali’ ke pangkuannya. Pada Julai 2019, suspek telah menghubungi salah seorang rakannya menerusi aplikasi Whatsapp dan memberitahu tentang konspirasi pembunuhan itu.

Selepas berbincang, rakan suspek kemudian mengupah seorang pembunuh upahan untuk menjayakan rancangan kejam tersebut.

Siap bayar RM24,707

Sekadar gambar hiasan

Malah, suspek sempat memaklumkan bahawa dia mahukan kematian mereka dilihat seperti kes rompakan. Walaupun begitu, bekas suami suspek yang mengetahui tentang rancangan tersebut telah melaporkan kepada Jabatan Polis Daerah Suffolk. Berikutan daripada laporan yang diterima, pihak berkuasa berjaya menahan rakan konspirasi suspek.

Mereka membuat rancangan dan menyamar dengan menghantar foto ‘palsu’  kononnya kedua-dua mangsa sudah dibunuh. Hal ini secara tidak langsung membuatkan suspek percaya bahawa rancangan tersebut telah berjaya. Setelah menerima foto tersebut, suspek bersetuju memindahkan wang berjumlah AS$6,000, (RM24,707).

Namun, keesokan harinya iaitu pada 13 Julai, suspek telah ditahan oleh pihak polis. Susulan daripada kes itu, suspek telah dihadapkan ke mahkamah dan dia mengaku bersalah. Suspek dijadualkan akan dijatuhi hukuman pada 15 April ini.

Sumber: New York Post, Daily Mail

SKIP THIS AD ×