Seorang lelaki Kemboja cedera akibat ditikam oleh kekasihnya hanya kerana dia memandang wanita lain semasa majlis hari jadi teman wanitanya.
Artikel Berkaitan: Mimpi Jadi Kenyataan! Wanita Dapat Firasat Bakal Dibunuh – ‘Kalau Saya Mati, Suami Pelakunya’
Artikel Berkaitan: Suami Tikam Isteri Dengan Gunting Sebelum Tikam Diri Sendiri
Berlaku pertengkaran
Menerusi laporan Pattaya News, polis telah menerima laporan kira-kira jam 2:30 pagi semalam dan bergegas ke kediaman di Soi Pattaya Tai 8, Thailand.
Sebaik saja pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui kesan darah dan pisau dapur sepanjang 20 sentimeter ditinggalkan di tempat kejadian.
Vin, 34, ditemui terbaring di atas jalan dengan kesan tikaman di dada dan pergelangan tangan kiri.
Menurut seorang saksi, Solaa, 25, pertengkaran tercetus antara Vin dan teman wanitanya semasa majlis hari jadinya di mana Vin dilaporkan memerhati wanita lain di parti itu, menyebabkan situasi menjadi tegang dan berlaku pertengkaran fizikal dengan teman wanitanya.
Solaa menyatakan bahawa kedua-dua pihak sudah berdamai selepas pertengkaran kecil awal, dan semua orang di parti itu pulang ke rumah masing-masing.
Walau bagaimanapun, satu lagi pertengkaran berlaku menyebabkan Joy didakwa menikam Vin dengan pisau dapur di rumah mereka.
Joy melarikan diri selepas menikan teman lelakinya namun, sehingga kini masih belum ditemui.
Vin pula ditemui di atas jalan dan diberikan pertolongan cemas awal oleh anggota penyelamat sebelum dihantar segera ke hospital dan masih dirawat sehingga kini.
Sumber: The Pattaya News