berita

‘Anjing Itu Datang Ke Arah Kami’ – Daphne Iking Jawab Dakwaan ‘Sengaja’ Pegang Anjing

January 9th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Baru-baru ini pengacara dan pelakon Daphne Iking dihentam teruk oleh netizen gara-gara memegang seekor anjing. Foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu menerima rantaian komen yang rata-rata mempertikaikan tindakannya yang merupakan seorang beragama Islam. Ada yang beranggapan foto sebegitu tidak sepatutnya dikongsi kerana ia mewujudkan ketegangan di kalangan muslim dan bukan muslim.

Artikel berkaitan: ‘We Can Touch Dogs & Sayang Dogs’ – Muat Naik Gambar Pegang Anjing, Daphne Iking Sengaja Cetus Kontroversi?

Di dalam entrinya itu, pengacara itu berkata tidak salah untuk memegang anjing tetapi perlulah cuci tangan selepas itu sama selepas kita bermain dengan haiwan-haiwan peliharaan lain seperti kucing dan hamster. Berikutan foto ‘kontroversi’ itu, terbaru, Daphne menerusi kemas kini Instagramnya telah memuat naik sebuah entri panjang bagi menjelaskan isu itu. Diharap selepas penjelasan ini, tiada lagi yang cepat menghukum atau menilai.

Sabun khas untuk bersihkan diri

Jawab tuduhan ‘sengaja pegang’

Dalam pada itu, Daphne menerusi kemas kini Instastorynya juga akui memiliki banyak anjing, malah ibu-bapanya juga pernah menternak khinzir.

Salah satu anjing yang dipelihara

I have so many dogs. Infact, we used to even rear pigs. Again, my folks are Catholics, I converted, but not for the sake of marriage. 

Sumber: Instagram Daphne Iking

SKIP THIS AD ×