Anugerah muzik paling berprestij, Anugerah Grammy Ke-64 bakal ditayangkan dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, pada 4 April 2022 secara HD, pukul 8.00 pagi (waktu Malaysia) menerusi tonton. Siaran tertunda pula akan ditayangkan pada pukul 1.00 petang pada hari yang sama di 8TV.
Hos popular
Dihoskan oleh Trevor Noah daripada “The Daily Show”. Tahun ini, penonton akan menyaksikan persembahan oleh pelbagai artis yang tercalon dalam anugerah ini antaranya BTS, Brandi Carlile, Billie Eilish, Lil Nas X bersama Jack Harlow, dan Olivia Rodrigo.
Pernah memenangi 12 Anugerah Grammy, Foo Fighters tahun ini tercalon dalam 3 kategori iaitu Best Rock Performance (“Making A Fire”), Best Rock Song (“Waiting On A War”), dan Best Rock Album (Medicine At Midnight).
Saingan hebat
Sementara itu, BTS tercalon dalam kategori Best Pop Duo/Group Performance untuk lagu “Butter” bersaing dengan Tony Bennett & Lady Gaga (“I Get A Kick Out Of You”), Justin Bieber & Benny Blanco (“Lonely), Coldplay (“Higher Power”), dan Doja Cat Featuring SZA (“Kiss Me More”).
H.E.R. yang pernah memenangi 4 kali Anugerah Grammy sebelum ini, tercalon juga dalam 8 kategori untuk tahun ini menerusi Album Of The Year (Back Of My Mind), Song Of The Year (“Fight For You”), Best R&B Performance (“Damage”), Best Traditional R&B Performance (“Fight For You”), Best R&B Song (“Damage”), Best R&B Album (Back Of My Mind), Best Contemporary Christian Music Performance/Song (“Hold Us Together (Hope Mix)”) bersama Tauren Wells, dan Best Song Written For Visual Media (“Fight For You [From Judas And The Black Messiah]”).
Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan Anugerah Grammy Ke-64 secara HD LIVE pada 4 April menerusi www.tonton.com.my pada pukul 8.00 pagi dan siaran tertunda di 8TV pada pukul 1.00 tengah hari.