berita

Anwar Ibrahim Mengalukan Kedatangan Coldplay, Ernie Zakri Request Bawa BTS Pula

May 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Umum mengetahui, kumpulan rock terkenal British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert jelajahnya berjudul Music Of The Spheres World Tour di Malaysia pada November depan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Kongsi Punca Depresi, Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ – ‘When You Get What You Want ..’

Artiikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Gayat Naik ‘Paragliding’, Siap Menyanyi Atas Awan – ‘I Believe I Can Fly’

‘Selamat datang’

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran video di laman Twitter miliknya, mengalukan kedatangan band tersebut ke tanah air.

Coldplay selamat datang ke Malaysia. Jom bekerja bersama-sama dan menjaga persekitaran dan pastikan dunia sentiasa selamat. Terima kasih.

Video tersebut kemudian mendapat perhatian penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri.

Menerusi ciapan balas yang dibuat oleh penyanyi itu, dia berseloroh dengan berharap selepas ini perdana menteri ke-10 itu mempertimbangkan untuk membawa boyband terkemuka dari Korea Selatan, BTS.

BTS Boleh tak? Hihi

Netizen teruja

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memasang harapan yang sama dengan pelantun lagu Gundah itu selain berharap permintaan tersebut menjadi realiti.

Tiket konsert Music Of The Spheres World Tour boleh didapati di laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×