Tak lama lagi kita bakal menyambut hari Kebangsaan betul tak? Agak-agak korang kan apa satu bende yang mampu menyatukan kita semua walaupun berlainan bangsa dan agama?
Korang setuju tak kalau min cakap yang Malaysia ni memang banyak sangat makanan yang ikonik?
Kita patut berbangga tau dengan makanan kita sebab ia mampu menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Sempena dengan bulan Kebangsaan Malaysia tahun ini, KFC telah memperkenalkan satu menu baharu iaitu Burger Satay yang menggabungkan 2 perisa ikonik di Malaysia. Fuhhh!
Satay Burger KFC sememangnya citarasa Malaysia!
Dah nama pun rakyat Malaysia mesti lah suka merojakkan makanan betul tak? Apa kata kali ni kita try pulak gabungan antara street food & fast food? Tak sabarnya!
Satay Burger KFC kali ini, dihasilkan menggunakan fillet ayam yang diperap menggunakan perapan sate istimewa, kemudian digoreng sehingga ranggup diluar dan juicy didalam.
Bukan setakat tu jer, ia juga turun digandingkan dengan hirisan timun Jepun yang fresh, hirisan bawang merah yang memberikan sedikit kepedasan dan bahagian yang paling best ialah ianya dibanjiri dengan kuah kacang yang likat, diperbuat daripada rempah-ratus berkualiti serta aroma kacang yang dipanggang sempurna.
Terliur lah pulak!
Biar betul! KFC siap cipta lagu?
Ini bukan biasa-biasa beb, demi memberikan penghargaan kepada Satay Burger, KFC siap cipta satu lagu untuk meluahkan keunikan dan keterujaan mereka ketika kita semua menikmati Satay Burger istimewa ini.
Psssttttt…Min nak pesan awal-awal sekali korang dengan lagu ni confirm terngiang-ngiang dalam kepala setiap kali makan burger KFC ni tau. Hehehe!
Mesti korang nak tau lirik dia macam mana kan?
Liriknya berbunyi seperti:
Burger Sate,
Enak memikat hati,
Burger Satay di KFC!
Jom makan Satay Burger KFC SEKARANG!
Tak tahu nak pilih set yang mana? Jangan risau KFC Malaysia telah menyediakan pelbagai pilihan set untuk korang pilih.
Perhatian! Min nak ingatkan yang Satay Burger KFC tersedia untuk tempoh terhad sahaja tau, jadi cepat dapatkannya sekarang sebelum terlambat. Kalau habis jangan marah min ya!
Antara set yang tersedia ialah:
1. A la carte
- Satu Satay Burger
2. Kombo
- Satu Satay Burger
- Satu Kentang Putar (4oz)
- Satu Minuman Berkarbonat (M)
3. Box Meal
- Satu Satay Burger
- Satu Ayam Goreng KFC (O.R. atau H.S.)
- Satu Kentang Putar (4oz)
- Satu Coleslaw (4oz)
- Satu Minuman Berkarbonat (M)
4. Buddy Meal
- Dua Satay Burger
- Dua Ketul Ayam Goreng KFC (O.R. atau H.S.)
- Enam Ketul Nugget
* Setiap pembelian produk dan kombo KFC mungkin berbeza mengikut lokasi yang ditetapkan.
Jom serbu cawangan KFC berhampiran sekarang untuk imbas dan pesan, order jer guna KFC app untuk penghantaran sampai depan rumah atau korang boleh pick-up sendiri di cawangan yang dipilih. Mudah, pantas dan selamat!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari ke laman web rasmi KFC mereka. ‘Sedap Hingga Menjilat Jari‘ hanya dengan KFC!