berita

Apa Korang Buat Kalau Ada RM17 Ribu? Lelaki Ini Beli Vapor Dengan Duit Sebanyak Itu

September 8th, 2015 | by Wan
Kini Trending

vaporrm17k

Dengan duit sebanyak RM17 ribu, agak-agak apa yang korang boleh dapat dengan duit sebanyak itu? Bayar down payment untuk beli kereta, rumah? Gunakan untuk bercuti ke kepulauan Boracay,Filipina atau gunakan wang tersebut bagi melangsungkan majlis perkahwinan? Atau pergi menunaikan ibadah umrah/haji?

Bagi lelaki ini, dia sanggup membida vapor ‘limited edition’ berharga RM17 ribu dalam satu lelongan. Nak tahu harga asal vapor tu? Pasti buat korang terkejut.

Harga asal RM1,800 je

Screen Shot 2015-09-08 at 12.55.37 PM

Menerusi video yang dikongsi oleh sebuah page di Facebook menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai penggemar tegar vapor sedang membida alat berkenaan.

Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki membuka ‘lelongan’ vapor yang dikatakan meletakkan pada harga RM1,800 sebelum ia mula dibida lelaki lain dengan harga RM2,000.

RM17 ribu, tiada siapa nak lawan dah

Kaya abam2 Vape ni…17k tu gilerrlah…

Posted by Video Viral on Monday, 7 September 2015

Proses bidaan tersebut akhirnya selesai selepas seorang lelaki membida dengan harga RM17 ribu sehingga orang ramai mengalah.

Pada masa sama, pelbagai pandangan dilemparkan netizen di laman sosial berkenaan vapor yang berharga RM17 ribu tersebut.

Screen Shot 2015-09-08 at 1.06.25 PMScreen Shot 2015-09-08 at 1.06.36 PM Screen Shot 2015-09-08 at 1.08.14 PM

P/S : Kuat sungguh jerebu sekarang ni, sampai ke dalam bangunan.

SKIP THIS AD ×