berita

Apa Salah Saya? – Emma Sangkal Dakwaan Jadi Punca Kemelut Zizan & WireFame

July 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

emma

Korang mesti dah tahu mengenai konflik yang melanda syarikat WireFame Entertainment (WFE) yang diterajui oleh Zizan Razak dan rakan kongsinya, Marina Juki kan?

Dek kerana persengketaan mereka yang belum ada kesudahan tu, tiba-tiba nama buah hati Zizan, Emma Maembong disebut-sebut dan kononnya dialah punca segala masalah yang berlaku.

Artikel Berkaitan: Masalah Zizan Razak, Marina & WireFame : Betul Ke Emma Jadi Punca?

Kami pun pelik juga dengan khabar angin yang diterima, iyalah, jika benar apa yang dicanang, sepatutnya Emma tidak boleh masuk campur dalam urusan syarikat mahupun menjadi batu api. Betul tak?

Fotor062794730-630x472

Emma nafi jadi punca persengketaan Zizan & Marina

Bagaimanapun, melalui laporan Berita Harian, Emma menyangkal semua dakwaan bahawa dia mempengaruhi Zizan hingga menyebabkan hubungan dengan rakan kongsi bermasalah.

Kata Emma, sejak dia kenal Zizan, tak pernah pun dia mencampuri urusan kerja Zizan, inikan pula perihal keluar masuk wang syarikat.

Sepanjang mengenali Zizan, saya tidak pernah ambil tahu berapa bayaran beliau peroleh. saya juga tak ambil tahu jumlah wang dalam akaun syarikatnya.

Zizan kekasih saya, tetapi tak bermakna saya perlu memantau atau menjaga setiap inci perkara membabitkan dirinya. Jika ada yang menuduh saya adalah dalang kepada masalah syarikat Zizan, itu terpulang kepada hak masing-masing.

emmazizan

Hubungan Emma dan Zizan masih seperti biasa

Kesian Emma, tak semena-mena dituduh menjadi punca. Kalau korang nak tahu, Emma turut meminta pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti andai dia mencampuri urusan Zizan.

Saya ingin tahu apa salah saya sehingga diheret dalam persengketaan mereka? Bernaung dibawah syarikat yang sama tak bermakna saya suka menyibuk atau menjaga tepi kain orang.

Saya mengaku pernah tidak bertegur dengan Marina sebaik pulang dari bercuti di Los Angeles berikutan sedikit salah faham. Tetapi tidaklah sampai ke tahap memaksa Zizan mengikut jejak langkah saya.

Hanya saya yang bermasalah dengan Marina, bukan Zizan. Sepanjang di LA Zizan dan Marina masih bertegur sapa. Malah mereka turut keluar membeli-belah bersama. Setahu saya lepas kembali ke Malaysia, mereka masih bertegur sapa. Jadi saya pelik apabila timbul dakwaan kononnya mereka tidak bercakap sejak Februari dan sayalah jadi puncanya.

Jika saya salah, tolong kemukakan bukti supaya saya tahu apa salah saya.

Haa, panjang berjela penjelasan Emma. Apapun, bersabarlah Emma, anggap sahaja ini dugaan bergelar kekasih kepada orang popular kan?

Kami pun harap konflik ini dapat diselesaikan segera. Maklumlah, hari baik bulan baik ni kita sesama manusia bermaaf-maafanlah. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×