berita

Apa Salah Saya?- Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Adik Tiri, Mak Mertua Tahu Tapi Sembunyikan

May 7th, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

adik

Kisah kecurangan pasangan dalam rumahtangga tidak asing lagi dalam masyarakat. Semua ini berlaku berpunca daripada pelbagai sebab yang membawa kepada kecurangan seterusnya meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua! Lebih menjijikkan, suami kantoi curang dengan adik tiri sendiri. Apa salah isteri?

Suami mula balik lambat

lpl

Saya cuma nak sharekan kisah saya .mungkin blh dijadikan sebagai pedoman dan mungkin ada kata2 semangat untuk saya.Kini saya dah pon berpisah dengan suami baru je dalam 2 bulan. Saya kenal suami dari Facebook. Kawan kat fb dah lama jugak. Lepas tu kami ujmpa dan kawan dalam 7 bulan dan kahwin.. Suami sy seorang yg tak pernah tinggi suara, sangat cool sebab tu saya jatuh hati dgn dia walaupon dia keje biasa2 je sedangkan sy kerja kerajaan dgn jawatan yg agak tinggi.

Sepanjang 3 tahun kawin kami dikurniakan seorang ank perempuan. So nak di jadikan cerita ibu mertua saya kahwin dengan duda 5 anak tahun lepas. Saya perasan suami selalu balik lewat sejak 3 ke 4 bulan lepas, dia kata ada keje, sy percaya dia. Kadang2 kalau balik lewat dia tak msuk bilik tapi tido kt sofa. Ada jugak tak balik sampai ke pagi.

Nampak kereta suami rumah mak mertua

Sy dah mula rasa lain macam. 1 malam tu sy dah tak tahan dia kerap tak balik dan sy mesej tak reply call pon tak nak angkat. Malam tu sy bengang sangat, sy mesej dia cakap kalau betul dia ada perempuan lain sy doa pada Allah supaya Allah tunjuk sdiri depan mata saya. Dia baca mesej tu tapi tak reply. Malam tu jam 4 pagi sy beranikan diri keluar dari rumah bawak anak untuk cari dia. Sy mesej dia cakap saya keluar cari dia bawak anak dan dia reply suruh sy balik jumpa dia kt rumah. Dia send gambar dia tengah lepak makan dgn adik perempuan dia, adik tiri, kawan adik dia. Saya jadi marah sbb dia sanggup lepak malam2 buta dgn budak2 tu sedangkan anak bini kt rumah. Tak apa sy sabar sy pon balik. Sy tuggu kt rumah dia tak ada sy keluar balik. Kebetulan sy saja lalu kt rumah lama mak mertua (mak mertua sekarang stay rumah suami). Sy nampak kereta suami, sy masuk rumah tu sy nampak kasut dia dan 1 bilik berkunci.

Sy ketuk pintu bilik tapi tak berjawab. Sy yakin ada orang sebab sy dengar bunyi kipas. Sy call mak mertua suruh datang. Tak lama lepas tu sy dengar ada org terjun dari balkoni, tapi pintu bilik masih tak buka. Sy terus turun sebab risaukan anak dalam kereta tengah tido. Mak mertua datang dan kami sama2 tendang pintu tu dan sy sangat terkejut sebab adik tiri saya dalam bilik tu. Masa mak mertua tendang pintu bilik dia panggil nama anak tiri dia sebab dia sendiri syak suami ada hubungan dgn anak tiri dia. So selama ni adik ipar tau tapi dia tak pernah ckp dgn sy. Dia ckp malam tu selama ni memang dorg rapat tapi tak sangka sampai mcm ni. Sy yg dengar rasa nak pitam, kecewa sgt. Tak lama pintu terbuka dan memang ada adik tiri suami dalam bilik tu. Suami tak ada sebab dia dah terjun ikut balkoni td. Tiba2 suami muncul dari rumah belakang (rumah abg dia). Katanya dia tido situ tapi sy tak percaya sebab kasut dan kereta dia ada kt rumah mak mertua.

Adik dia bersubahat

Sejak kes tu sy cuba selidik, rupanya selama ni dia balik lewat sebab pergi clubbing dgn adik prempuan dia, adik tiri dan kwn2 adik dia. Dia jgk mengaku ada mnum arak dan dia dgn adik tiri memang ada hubungan sulit. Allah, terkedu sy, apa salah sy kt awak, sy tak pernah curang, tak pernah terfikir pon sbb sy sygkan keluarga kita tapi awak semudah tu hancurkan semua yg kita bina. Baru2 ni pon sy dapat tau yg suami dan adik perempuan dia pon pernah terlanjur tp yg ni sy tak sure kesahihannya sbb tak ada bukti. Semua ni tak mustahil sbb suami dgn adik tiri pon boleh terlanjur. Adik dia pon selama ni bersubahat dgn suami, sama2 pergi club. Adik ipar tau suami dan adik tiri ada skandal tp tak cakap langsung dgn sy.

Kini kami dah pon bercerai, suami langsung tak amik tau perihal sy dan anak, bukan je suami malah keluarga mertua jugak langsung tak amik tau. Mak mertua tiba2 je tak nak ngaku yg anak dia dan ank tiri ada skandal. Yea sy fhm mak mana nk ngaku kan tp sebagai nenek sanggup abaikan cucu darah dangging sendiri. Kepada bkas suami, sanggup awak ceraikan sy walaupon awak yg salah dlm hal ni, sanggup tinggalkan sy dan anak sebab betina tu. Sy doakan hati awk terbuka utk jalan kn tanggungjawab awk kepada anak. Jgn suatu hari awk menyesal sebab anak tak kenal awak dah. Skrg awk happy la, tak apa Allah maha adil. TQ sbb share kan kisah sy, tq sbb bca, now sy rasa lebih tenteram, sy dh semakin kuat. Alhamdulillah, life must goes on.

Sumber : KRT

SKIP THIS AD ×