berita

‘Api Dibalas Api, Salam Dibalas Salam’ – Saksi Kejadian Balingan Suar Tampil Cerita Perkara Sebenar

November 20th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Indonesia 2-0 semalam ternyata mencipta fenomena dalam duni bola sepak negara. Namun begitu, perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dicemari dengan beberapa insiden yang tidak diingini.

Insiden lontaran suar (flare) sedikit sebanyak mencemar nama baik Malaysia. Sebelum ini YB Rara memuat naik kapsyen ‘Memalukan’ mengundang pertikaian netizen. Justeru itu, seorang saksi melalui Twitter Ajam tampil memberi penjelasan berkenaan dengan isu terbabit.

Penyokong Indonesia yang mulakan dulu

Menurutnya, penyokong pasukan Indonesia yang terlebih dahulu membuat provokasi dengan membalik suar ke arah penyokong Malaysia. Namun ketika itu, suar tersebut hanya menyala sedikit sebelum dibaling ke arah longkang atas arahan polis.

Penyokong ditahan polis

Tidak cukup dengan itu, insiden baling membaling objek masih berterusan sehingga polis menahan seorang penyokong Malaysia yang didakwa menyalakan satu lagi suar baru dan baling ke arah penyokong Indonesia.

Baling botol ada air kencing

Sebelum perlawanan berakhir, penyokong Indonesia sekali lagi membaling botol yang mengandungi air kecing ke arah penyokong Malaysia. Tidak cukup dengan itu, penyokong Indonesia turut mencabut kerusi dan baling ke arah penyokong Malaysia.

Kumpulan Hooligans buat hal

Menurutnya lagi, kumpulan yang mencetuskan pergaduhan ini ialah datang dari kelompok Hooligans. Mereka ini merupakan satu kumpulan yang sering melakukan provokasi pada setiap perlawanan bola sepak. Rata-rata ahli kumpulan ini merupakan golongan belia.

Kerusi terbang

Sumber: Ajam