Pelakon veteran, AR Badul menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan aktres, Annie Arifin.
Artikel Berkaitan: AR Badul Batal Niat Mahu Inkues Demi Masa Depan Anak Arwah
Nafi kahwin
Ketika ditemui Oh Bulan!, Badul menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, dia berkata, aktres berkenaan berhak untuk mencari pasangan hidup yang lebih baik daripadanya.
Kongsi Badul, dia juga pernah mendengar dakwaan yang mengatakan Annie merupakan anaknya.
Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Annie anak saya. Berita itu tidak benar sama sekali.
Mungkin Annie boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini (wujud fitnah).
Apabila ada peluang untuk menjelaskan kepada media saya akan menjawab, kalau tiada kesempatan ia akan berlarutan seperti itu sahaja.
Badul berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem arahan terbaharunya berjudul Vik2toria Secret yang diadakan di TGV KLCC, pada Selasa.
Umur dah 73 tahun
Sementara itu, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkata, diusianya yang sudah mencecah 73 tahun, dia sedar akan dirinya sendiri.
Dalam masa sama, aktor itu menjelaskan sudah menjadi asam garam bergelar selebriti apabila sering dihujani dakwaan yang tidak berasas.
Saya dah 73 tahun, takkan tidak sedar diri lagi. Bukan kata saya baik. Saya tidak kesal, ini kerana itu merupakan asam garam apabila bergelar seorang selebriti.
Sebelum ini, ada berita mengatakan saya sudah meninggal dunia, terkapai-kapai saya pergi balai polis.
Ada yang kata saya ini gunakan ilmu. Rahsianya baik hati dengan orang, nak cuba mana-mana wanita boleh. Kalau dia tidak layan jangan. Jangan susahkan diri.
Zaman dulu saya kacak orang sering kaitkan dengan mana-mana wanita, kalau sekarang pun masih ada, saya anggap alah bisa tegal biasa.
Vik2ria Secret
Filem ini merupakan terbitan rumah produksi milik penerbit Richard Ung dan telah mendapat bantuan Geran DKD Finas sebanyak RM550,000.
Vik2ria Secret mengisahkan seorang wanita bernama Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”.
Tok KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB)kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI. Peluang cerah timbul kepada Zamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pelbagai kontroversi buat TOK KK makin bertindak tak rational dan menimbulkan kemarahan kepada Viki yang rasa kurang senang mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK kononnya perbuatan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak orang kampung.
Pembukaan Vik2ria Secrets mengundang gelagat lucu kepada penduduk Kampung Horni dan di sambut baik. Ini buat TOK KK rasa lebih gelisah kerana hasrat dia bagi menghindarkan VIki terus tinggal di kampung makin susah kerana VIKI mungkin merupakan anaknya hasil hubungan intim dengan pelayan bar tempat dia menyanyi sebagai “paperdoll” waktu dulu dulu. Bagi mengelakkan perkara anak luar nikahnya diketahui yang boleh merosakkan imejnya kuncu dia telah bertindak sabotaj butik Vik2ria Secrets tanpa pengetahuannya.
Banyak insiden lucu berlaku akibat dari tindakan sebegitu terutama sekali SAAD pembantu TOK KK sehingga VIKI hampir menyerah kalah dan tinggalkan Kampung Horni. Apapun Air yang dicincang takkan putus dan Tok KK akhirnya terima kenyataan Viki adalah anaknya dan semua perancangan buruk Zamri terbongkar. Tok KK tetap di terima orang kampung sebagai YB.
Filem ini membariskan pelakon tanah air seperti Ropie, Annie Arifin, Kenna Mentor, Fiza Halim, AR Badul, Man Raja Lawak, Wan Gegau dan ramai lagi.
Vik2ria Secret bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 15 Jun ini.