berita

AR Tompel Bukan Sombong & Bongkak – Kata Mak Mah

October 10th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sepanjang-Perkahwinan-Hanya-Dua-Kali-Sahaja-Dia-Marah-kata-Ruminah-Sidek-700x419

Kecoh kejap industri hiburan tanah air dek filem Saloma Biopic yang dikatakan tidak memberi gambaran yang baik kepada Allahyarham AR Tompel.

Baru-baru ini, anak AR Tompel, Adlin Aman Ramlie mengakui kesal kerana filem Saloma Biopic telah memaparkan bapanya secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya.

Artikel Berkaitan : Adlin Aman Ramlie Nak Saman Penerbit Saloma

Semalam, ketika sidang media Mah Mah sendiri telah menerangkan sifat sebenar AR Tompel. Kata Mak Mah, bekas suaminya itu tidaklah sombong dan bongkak seperti yang digambarkan.

tompel.transformed_0

Rasa sedih pula bila tonton telefilem Saloma, watak Tompel sedikit pun tidak sama seperti yang dipaparkan. Dia bukanlah seorang yang nakal tetapi diakui ramai wanita sukakan dia walaupun dia tidaklah sekacak mana pun.

Menurut Mak Mah, watak Tompel yang agak agresif dalam memikat Saloma seperti yang digambarkan juga tak benar. Kalau tak percaya, Mak Mah siap  imbau kembali kenangan saat dia dan AR Tompel mula-mula bercinta dulu tau.

Katanya, Tompel bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita.

Azhan Rani

Macam saya dahulu, dia tak pernah tunjuk yang dia ada hati pada saya walaupun ketika itu dia sukakan saya. Beberapa tahun kami bekerjasama dan menyimpan perasaan sehinggalah bapa saya sedar apabila melihat kami seperti suka antara satu sama lain. Bayangkan, saya panggil dia pakcik.

Kemudian, sepanjang perkahwinan kami, dia hanya memarahi saya dua kali saja. Pelik pula bila watak Tompel dalam telefilem itu menunjukkan dia  seorang yang sombong, cemburu dan pemarah.

Hmm, bila dengar cerita waris AR Tompel dan bekas isterinya sendiri, nampak seperti memang watak yang ditunjukkan dalam filem itu tak benar.

Kami pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Apa kata kita tunggu je apa jawapan Melissa Saila selaku pengarah filem ini nanti.

Sumber : mStar Online

SKIP THIS AD ×