Penyanyi terkenal antarabangsa, Ariana Grande membuat pendedahan pernah melakukan botox dan tebalkan bibir ‘lip filler’ sejak lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Ariana Grande Sudah Berhijab, Kahwin & Jadi Hot Mummy Di Malaysia?
Pengakuan Ariana Grande
Sejujurnya, sebagai peminat kecantikan, saya telah melakukan suntikan pada bibir saya dan melakukan botox selama bertahun-tahun.
Dikatakan, pelantun lagu ‘7 Rings’ itu berhenti melakukan ‘lip filler’ dan botox selepas menyedari obsesinya itu makin keterlaluan dan berasa seakan dirinya bersembunyi di sebalik solekan tebal.
Saya berhenti melakukannya pada 2018 kerana saya rasa ia terlalu berlebihan.
Ia seperti satu rahmat apabila berjaya keluar daripada persembunyian. Setelah sekian lama memakai solekan tebal kini saya tidak peduli lagi.
Dalam pada itu, Ariana kini lebih memilih untuk menghargai garis-garis halus di wajahnya dengan menyifatkan proses penuaan adalah sesuatu yang indah.
Sumber: Wolipop