berita

‘Artis Bergabung Jual Konsert Tiket RM80 Pun Tak Laku’ – Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor 1

February 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 34 baru-baru ini, penonton dikejutkan dengan penampilan khas penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penampilannya di minit akhir persembahan ‘Anta Permana’ bersama penyanyi gantian Bob Yusof membuat ramai peminat muzik tempatan teruja.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kemunculan kembali Dato Siti Nurhaliza menjadi trending di media sosial. Menerusi Facebook Mohszin Mokhtar, menjawab persoalan mengapa Siti Nurhaliza diangkat sebagai ‘penyanyi nombor 1 negara’ walaupun sudah lama di dalam industri, bukannya penyanyi baru yang semakin meningkat naik.

Kenapa bukan artis baru jadi nombor 1

Sebelum apa-apa, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah peminat Siti Nurhaliza.

Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya. Anak saya pernah bertanya – kenapa setiap kali diumum nama Siti Nurhaliza, pengacara mesti akan perkenalkan Siti sebagai “penyanyi nombor 1 negara”? Lagu bukan sedap sangat katanya!

Kenapa bukan Sufian Suhaimi? Aiman Tino? Floor 88? Wany Hasrita? Hakiem Rusly? K-Klique? Jawapan saya mudah. Faizal Tahir, Hafiz Shuib dan Siti Nurdiana pun tidak layak – takkan lah nama-nama yang anak saya sebut layak!

Siti tetap Siti

Tapi sebenarnya bila kita fikirkan semula, Siti Nurhaliza adalah antara sedikit perkara yang tidak mahu diubah oleh generasi berumur 30-50 tahun. Ya, generasi saya dan majoriti rakan-rakan saya.

Ya, kita sudah mengubah dunia. Generasi kitalah yang berubah – lantas mengubah dunia. Dari telefon ke smart phone, dari bungkus mamak ke Food Panda. Dari teksi ke Grab. Dari TV ke Netflix. Dari surat ke SMS ke Whatsapp. Dari diari ke Myspace ke Facebook. Dari shopping mall ke Lazada & Shopee. Dari Siti Nurhaliza ke Siti Nurhaliza!

Konsert tiket RM400 pun habis terjual

Ya, zaman berubah. Tapi peminat Siti Nurhaliza tidak! Ini yang hebatnya. Dan peminat Siti Nurhaliza sekarang adalah dari kalangan yang berduit. Konsert tiket RM400 sold out.

Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan 2 lagi artis bergabung untuk membuat konsert tiket RM80 pun terpaksa batal kerana tidak cukup pembeli tiket! Periuk dijual Siti Nurhaliza mencatat jualan jutaan ringgit. Dalam masa 2 jam! Siti juga masih gah sebagai model produk-produk lain. Selain produk sendiri.

Ya, pada akhirnya nilai komersil yang penting. Adakah peminat anda sanggup mengeluarkan duit untuk melihat anda menyanyi, beli produk anda atau beli produk yang anda duta nya. Peminat sekadar suka dan tonton free di YouTube tidak akan menjadikan anda penyanyi nombor satu negara! Tidak akan.

Siti tidak berpolitik

Kekadang kita lihat Siti Nurhaliza juga dikecam. Biasanya oleh netizen yang asyik berpolitik. Bahawa Siti juga berpolitik. Tidak, Siti tidak berpolitik. Berpolitik untuk selebriti adalah menggunakan kedudukan atau populariti untuk meraih sesuatu. Sama ada populariti lebih tinggi, atau kedudukan, atau job.

Siti tidak perlukan itu semua. Siti konsisten meminati Tun M sebelum Tun M jadi PM ke-7 lagi. Tidak lalang seperti artis lain. Dan Siti tidak dibayar untuk sebarang penampilan politik. Malah tidak pernah bercakap pasal mana-mana parti.

Siti layak diangkat nombor 1

Yang mengecam Siti adalah bukan dari kalangan orang yang membeli tiket konsert Siti. Orang yang membeli tiket, relax sahaja. Maka, mungkin kita boleh bersetuju bahawa Siti bukan sahaja epitome kepada penyanyi Malaysia. Malah berkataan epitome itu pun selayaknya dipanggil “Siti Nurhaliza”.

Lee Chong Wei adalah “Siti Nurhaliza” atlit negara. Atau Rosyam Nor adalah “Siti Nurhaliza” bagi pelakon. Boleh begitu?

Peace.

Sumber: Mohszin Mokhtar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×